Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Izzue Islam masih lagi 'laku'

on Monday 25 November 2013


BIARPUN menjadi salah seorang ahli dalam anggota kumpulan Forteen, namun nasib dan tuah Izzue Islam dalam bidang lakonan ternyata lebih menyerlah.

Selepas berjaya menggondol anugerah Pelakon Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia ke-25, Izzue mencipta kemenangan menerusi anugerah Hero Baru Terhebat Anugerah Blokbuster 2, baru-baru ini.

Malah selepas memegang watak sebagai Firash Arshad dalam drama bersiri, Sebenarnya, Saya Isteri Dia, nama anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini terus menyinar.

Biarpun sudah mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Nurinafilah Waharudin atau lebih dikenali sebagai Awin Nurin pada 2 Jun 2013, ternyata populariti Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan masih belum malap.

Akui Izzue, selepas mendirikan rumah tangga, kerjaya seninya makin baik dan tawaran lakonan juga tidak putus diterima.

“Tawaran lakonan itu sentiasa ada dan Awin juga masih melihat mana slot jadual yang sesuai untuk menerima tawaran lakonan.

“Cuma sekarang saya tidak terlibat dengan apa-apa penggambaran kerana mahu beri perhatian pada pelancaran album Forteen pada 27 November ini dan sedang sibuk mempromosikan single terbaru berjudul Tak Pernah Berjumpa.

“Saya juga baru sahaja pulang dari Cape Town, Afrika kerana menjalani penggambaran Fear Factor musim terbaru dan tiga filem lakonan saya bersama Showbiz Productions bakal ditayangkan iaitu Hantu Tok Mudim (21 November), Ular (5 Disember) dan Chikaro (26 Disember),” katanya.

Dalam pada itu, Izzue berkata, semenjak mendirikan rumah tangga hampir lima bulan, dia dan isterinya masih belum sempat untuk berbulan madu kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Malah dek kerana kekangan masa bersama isterinya menjadi salah satu sebab mereka belum dikurniakan cahaya mata sehingga kini.

“Alhamdulillah kami sama seperti pasangan berkahwin yang lain, hidup bahagia. Malah sebelum atau selepas berkahwin tidak banyak bezanya. Hanya dulu kami tinggal berasingan dan kini bersama, jadi pengurusan lebih teratur,” katanya.

Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment