Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Showing posts with label izzue islam. Show all posts
Showing posts with label izzue islam. Show all posts

Anzalna Akui Wujud Salah Faham Dengan Izzue Islam

on Tuesday, 25 March 2014


PETALING JAYA: Pelakon Anzalna Nasir tidak menafikan wujud masalah di antaranya dengan aktor Izzue Islam sepanjang mereka terlibat dalam penggambaran drama bersiri Aku Isterinya seperti mana dilaporkan sebelum ini.

Anzalna, 26, bagaimanapun berkata, dia enggan memanjangkan isu berkenaan kerana menyifatkan kontroversi itu sebagai remeh dan bersifat kebudak-budakkan.

"Apa yang diperkatakan atau dilaporkan sebelum ini benar tetapi ingin saya tegaskan ia bukan berpunca daripada saya.

"Saya juga pelik dengan apa yang berlaku kerana tidak pernah menggangu sesiapa atau mahu menimbulkan kemarahan pihak dan hanya menjalankan tugas sebagai pelakon," katanya kepada mStar Online.

Anzalna ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri berkenaan di Sri Pentas di sini, Isnin.

Pelakon itu mengulas laporan kononnya kedua-dua pelakon itu dilaporkan bermasam muka gara-gara Izzue dikatakan kurang selesa dengan Anzalna yang dikatakan berlebih-lebihan dalam menghayati watak dalam drama tersebut sehingga menyebabkan isterinya cemburu.

Selain Anzalna dan Izzue, Aku Isterinya turut dijayakan oleh Syazwan Zulkifly, Shakilla Khoriri, Marissa Yasmin dan Syatila Melvin.

Ia bakal bersiaran menerusi slot Akasia di TV3 bermula 31 Mac ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis, 7 malam.

Izzue bagaimanapun tidak hadir pada majlis pelancaran tersebut.

Dalam pada itu, Anzalna menjelaskan dia tidak berhasrat untuk bersemuka dengan Izzue atau isteri pelakon itu ekoran perselisihan faham tersebut.

Ini kerana katanya, dia tidak mempunyai sebab untuk berbuat demikian tambahan pula insiden itu bukan ditimbulkan olehnya.

"Tiada sebab untuk saya berbuat demikian dan melayan perkara yang kebudak-budakkan tambahan pula ia isu kecil dan telah pun selesai," jelasnya.

Sementara itu, Anzalna berkata, walaupun tohmahan yang dilemparkan cukup berat untuk dipikul namun dia sentiasa bersikap positif dalam menangani isu tersebut.

Kata Anzalna, dia juga enggan melibatkan pihak lain dalam masalah tersebut terutama kekasihnya namun bersyukur lelaki berkenaan adalah penyokong setianya.

"Biarlah apa pun orang hendak kata kerana saya lebih mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dan kejadian sebegini tidak melemahkan semangat saya," katanya.

Sumber

Izzue Islam masih lagi 'laku'

on Monday, 25 November 2013


BIARPUN menjadi salah seorang ahli dalam anggota kumpulan Forteen, namun nasib dan tuah Izzue Islam dalam bidang lakonan ternyata lebih menyerlah.

Selepas berjaya menggondol anugerah Pelakon Harapan Terbaik Festival Filem Malaysia ke-25, Izzue mencipta kemenangan menerusi anugerah Hero Baru Terhebat Anugerah Blokbuster 2, baru-baru ini.

Malah selepas memegang watak sebagai Firash Arshad dalam drama bersiri, Sebenarnya, Saya Isteri Dia, nama anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini terus menyinar.

Biarpun sudah mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Nurinafilah Waharudin atau lebih dikenali sebagai Awin Nurin pada 2 Jun 2013, ternyata populariti Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan masih belum malap.

Akui Izzue, selepas mendirikan rumah tangga, kerjaya seninya makin baik dan tawaran lakonan juga tidak putus diterima.

“Tawaran lakonan itu sentiasa ada dan Awin juga masih melihat mana slot jadual yang sesuai untuk menerima tawaran lakonan.

“Cuma sekarang saya tidak terlibat dengan apa-apa penggambaran kerana mahu beri perhatian pada pelancaran album Forteen pada 27 November ini dan sedang sibuk mempromosikan single terbaru berjudul Tak Pernah Berjumpa.

“Saya juga baru sahaja pulang dari Cape Town, Afrika kerana menjalani penggambaran Fear Factor musim terbaru dan tiga filem lakonan saya bersama Showbiz Productions bakal ditayangkan iaitu Hantu Tok Mudim (21 November), Ular (5 Disember) dan Chikaro (26 Disember),” katanya.

Dalam pada itu, Izzue berkata, semenjak mendirikan rumah tangga hampir lima bulan, dia dan isterinya masih belum sempat untuk berbulan madu kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Malah dek kerana kekangan masa bersama isterinya menjadi salah satu sebab mereka belum dikurniakan cahaya mata sehingga kini.

“Alhamdulillah kami sama seperti pasangan berkahwin yang lain, hidup bahagia. Malah sebelum atau selepas berkahwin tidak banyak bezanya. Hanya dulu kami tinggal berasingan dan kini bersama, jadi pengurusan lebih teratur,” katanya.

Sumber

Izzue Islam Risau Diserang Asma Ketika Rakaman Rancangan Fear Factor

on Saturday, 5 October 2013


PETALING JAYA: Pelakon dan ahli kumpulan Forteen iaitu Izzue Islam risau diserang penyakit asma ketika menjalani penggambaran program Fear Factor di Cape Town, Afrika Selatan bermula 9 Oktober ini.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 23, berkata, jika penyakit itu menyerang dia bimbang akan menyusahkan pihak produksi selain mengganggu penggambaran yang dijangka selesai dalam masa dua minggu.

"Insya-Allah untuk menghadapi cabaran seperti berada di tempat tinggi atau dikurung bersama binatang berbisa mungkin tiada masalah tetapi saya cuma bimbang akan diserang asma.

"Bagaimanapun saya harap penggambaran itu nanti akan berjalan lancar dan dapat menyelesaikan semua cabaran dengan baik," jelasnya kepada mStar Online.

Dalam perkembangan sama, Izzue berkata, walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti seni dia tetap mencuri masa untuk melakukan senaman sebagai persediaan menyertai program tersebut.

Jelas Izzue, dia banyak melakukan senaman di pusat kecergasan dan berjoging bagi patkan stamina sebelum menyertai Fear Factor.

"Ini adalah satu cabaran untuk saya dan walaupun sedikit gementar ia tidak mematahkan semangat untuk menyertai program tersebut dan persediaan fizikal amat penting," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai tuduhan kononnya dia menipu wang peminat dengan menjual telefon bimbit sebelum ini, Izzue menjelaskan dia tidak teragak-agak membuat laporan polis kepada pihak yang menggunakan namanya atas tujuan berkenaan.

"Saya masih boleh bersabar dan telah menjelaskan kepada peminat keadaan sebenar supaya mereka tidak tertipu dengan penjualan telefon bimbit yang menggunakan nama saya itu.

"Setakat ini tiada mangsa terbaharu yang tampil membuat aduan selepas tiga orang berbuat demikian sebelum ini dan jika ada saya sendiri akan membuat laporan polis," katanya.

Dalam perkembangan lain, Izzue akan kembali sibuk dengan aktiviti seninya dan selepas pulang dari Cape Town nanti.

Sumber : Mstar

Izzue Islam tipu Peminatnya?

on Saturday, 21 September 2013

Izzue Islam

@ ] izzueislam salam cik/puan @salbiahazma ,sy nk mohon maaf kerana sy xtahu menahu pasal ganti rugi awak tu.jadi saya sarankan awak buat laporan polis & kemukakan segala bukti.jika perlu sy turun untuk membantu siasatan,sy akan turun.mohon selidik dahulu dgn siapa awak berurusan yer.thanks.   6min
[ @ ] cikdba Depa kadang saja nak jatuhkan artis. Banyak sabaq nohh.  5min
[ @ ] linadrenalin Eiiiii....dah kenapaa perempuan ni. . Eiiii  5min
[ @ ] marisyasyazlin Ya allah   4min
[ @ ] izzue_8990 Kalau sy.. sy nak @izzueislam turun..hukhik.. sb nak sgt jmp @izzueislam :* ... minat gila  4min
[ @ ] mallarizzi Kn @izzueislam dh bgtau kt meletop yg dia tak tau psl tu...  4min
[ @ ] nonieyskye Sabar @izzueislam berani kerana benar..  4min
[ @ ] t_zehan Nak @izzueislam trun coz nk brgambar bersama je...hehehee  3min
[ @ ] aimanajwa Ya Allah, sbr je la ngn org cenggini.  2min
[ @ ] ainism_ dulu izzu ad ckp ad pihak yg gunakan nama die utk jual brg online..  2min
[ @ ] ikaamanina @salbiahazma lain kali selidik dulu kak. yg akak pun satu hal nk beli tu agak2 lah tgk dulu official ke tidak account nya. tak psl ke tipu. ni padahnya. @izzueislam ni artis byk lah nk mengafake dia  2min
[ @ ] hanezsuraya Gulp!!!! Tetibe jer.. Xpayah layan  2min
[ @ ] azirahalyanie Kot yea pun ade mslh dgn @izzueislam . Settlekn scra personally laa @salbiahazma . Tk prlu nak jatuhkan air muka orang.  50s
[ @ ] annanuna89 Huh????aiyo..mcm2 ragam..  33s
[ @ ] weirdberry Dye nk ramaikan dye punye followers laa tu... Tu pasal nye komen kat insta. Hahahaha  26s
[ @ ] hajarsamsuri Itu taktik nak dpt attention izzue islam... mcm2 la...  19s
[ @ ] aisyahothmann Tah apa2 la perempuan ni....  13s
[ @ ] qaylaa_shope Haaaahaaaa alahai .tetibe jek  7s
\p/s: Macam kes orang menyamar sebagai Izzue aje ni.. Patutnya orang ini buat report polis dan bukannya bising di Instagram sahaja.

Sumber