Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Che Ta sah menjadi isteri Zain dengan sekali lafaz

on Thursday 12 December 2013


PASANGAN selebriti Rozita Che Wan, 40, dan Zain Saidin, 29, selamat diijabkabulkan tepat jam 9 malam hanya dengan sekali lafaz sahaja berwalikan adik lelakinya, Roshidi Che Wan.

Pasangan ini dinikahkan Ketua Pendaftar Nikah Negeri Selangor, Ustaz Alwi Parman.

Majlis pernikahan yang berlangsung di  Setia City Convention Center itu turut dihadiri 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan terdekat dan media.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta menerima mas kahwin RM9,300 berserta wang hantaran sebanyak RM23, 200 dan cincin nikah RM93,000.

Selain itu, Che Ta yang anggun dengan persalinan serba putih turut menerima sembilan dulang hantaran dan dibalas dengan sembilan dulang hantaran  kepada Zain.

Antara selebriti yang hadir, adik Che Ta, Ayu Raudha dan suami Zaquan Adha, Mazlan Senario, dan Shasha Saidin.

Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment