Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Chong Wei pemain pertama guna Hawkeye

on Thursday 12 December 2013


KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei menjadi pemain pertama menggunakan khidmat sistem teknologi 'Hawkeye' untuk mempersoalkan keputusan penjaga garisan pada Kejohanan Siri Super Akhir di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras, di sini, malam ini.

Ketika bertarung pada set kedua menentang pemain China, Wang Zhengming dalam saingan Kumpulan A, Chong Wei mencabar keputusan penjaga garisan.

Chong Wei, selaku pilihan utama, mengalahkan pemain China berusia 23 tahun itu dengan 21-10 dan 21-18.

"Adalah keputusan bijak melaksanakan sistem ini dan adil kepada semua pemain. Kadang-kadang bulu tangkis terlalu laju dan penjaga garisan tidak boleh melihat dengan jelas. Pemain kemudian menyalahkan penjaga garisan," kata Chong Wei kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sedang menggunakan sistem 'Hawkeye', iaitu penggunaan kamera sebagai eksperimen pada kejohanan ini sebelum diperkenalkan pada kejohanan mulai Januari depan.

Setiap pemain diberi dua peluang untuk mencabar keputusan penjaga garisan atau pengadil menolak bantahan penjaga garisan dan sekiranya keputusan penjaga garisan itu betul selepas dikaji semula, maka pemain berkenaan akan hilang satu peluang.

Mengulas perlawanan itu, Chong Wei, 31, berkata beliau pernah menentang lawannya itu pada Kejohanan Dunia sebelum ini. 

"Saya tahu ramai pemain ingin 'belasah' saya di tempat saya...maka saya menjangka perlawanan akan sengit. Saya ingin memberi tumpuan kepada corak permainan saya dan apa yang penting ialah prestasi saya," katanya.

Chong Wei, 31, akan menentang pemain Thailand, Boonsak Ponsana esok.    

Sementara itu dalam acara beregu campuran, gandingan negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying menghadapi tentangan sengit sebelum mengalahkan pasangan suami isteri dari England, Chris Adcock/Gabrielle Adcock dengan 16-21, 21-14 dan 21-19. - Bernama
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment