Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Kereta Subaru Impreza langgar lori jadi besi sekerap

on Tuesday 24 December 2013


LONDON - Tiga orang terbunuh selepas kereta mereka merempuh sebuah lori dan terbakar semasa berlumba haram di ibu kota Britain di sini.

Mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan awal 20-an maut selepas kereta Subaru Imprezza yang mereka naik terbabas lalu melanggar sebuah lori dari arah hadapan sebelum terbakar.

Dua lelaki menaiki kereta Vauxhall Astra yang turut terlibat dalam nahas berkenaan kini dirawat di hospital manakala pemandu lori turut cedera ringan.

Dalam pada itu, polis Scotland Yard mengesahkan pihaknya masih menyiasat laporan terdapat beberapa buah kereta berlumba sejurus sebelum kemalangan berlaku.

Seorang saksi kejadian, Marios Sofianou, 47, memberitahu sebuah akhbar Britain dia dan ibu bapanya hanya mampu melihat tiga mangsa berkenaan dijilat api.

"Kami mendengar bunyi dentuman kuat. Terdapat sekurang-kurangnya dua buah kereta berlumba, tiga lelaki di dalam sebuah kereta dan seorang lagi lelaki memandu kereta lain," kata Sofianou.

"Kereta tersebut melanggar kereta yang dinaiki tiga mangsa berkenaan menyebabkan kenderaan mereka melambung dan memasuki laluan lori," tambahnya. - Agensi

Sumber

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment