Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Nasir Bilal Khan Tidak Rasa Kecil Hati Dijadikan Bahan Jenaka

on Monday, 13 January 2014


PETALING JAYA: Pelakon Nasir Bilal Khan tidak berkecil hati apabila wataknya dalam drama bersiri Tanah Kubur sering dijadikan bahan jenaka oleh sesetengah pelawak dalam persembahan pentas mereka.
Nasir, 54, berkata, dia sedar apabila ada yang meniru gaya percakapannya sebagai bahan lawak dan tidak pernah mengambil kisah selagi ia tidak mengundang keburukan.
"Saya tiada masalah apabila ada pelawak yang menjadikan gaya percakapan lakonan saya dalam drama tersebut sebagai satu bahan jenaka kerana ia tidak membawa maksud apa-apa.
"Bagaimanapun janganlah sampai ia memberikan keburukan kepada saya atau penonton sudahlah," katanya kepada mStar Online.
Nasir bakal muncul dengan filem terbaharu lakonannya berjudul Laga disamping Wan Hanafi Su, Eman Manan, Syazwan Zulkifli, Marsha Milan Londoh dan Tyas Mirasih.
Nasir bersama barisan pelakon filem Laga yang bakal ditayangkan pada 23 Januari ini.
Ia bakal ditayangkan di pawagam bermula 23 Januari ini.
Dalam perkembangan sama, Nasir berkata, lakonannya dalam Tanah Kubur sebagai Tok Adi telah memberi kesan dan pengaruh dari aspek kerohanian dalam kehidupan sehariannya.
Jelasnya, kisah-kisah yang dipaparkan banyak memberi peringatan berguna dan berharap ia meninggalkan kesan kepada penonton khususnya umat Islam.
"Sudah 13 musim bersama Tanah Kubur ia banyak memberi pengajaran dan kesan besar kepada aspek kerohanian dan saya berharap penonton turut merasai perkara sama," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai filem Laga, Nasir berkata, jalan cerita yang mempunyai kekuatan tersendiri telah membuatkan dia tertarik untuk berlakon dalam karya arahan Ismail Yaacob itu.
Kata Nasir, kisah yang dipaparkan iaitu laga ayam mempunyai mesej yang cukup mendalam dan diketengahkan dengan baik oleh pengarah.
"Menariknya filem ini temanya sangat berlainan dan maksud tersirat yang cuba disampaikan cukup mendalam," jelasnya.

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Gombug said...

Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
Baca selanjutnya...


Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.Baca selanjutnya...


Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage.Baca selanjutnya...


Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini. Baca selanjutnya...


SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.Baca selanjutnya...


Flashback trojan: Ancaman virus terbesar bagi pengguna Mac Apple. Serangan virus Flashback ini boleh dikatakan di antara ancaman virus platform Mac OS yang paling terbesar dalam sejarah tersebar sejak era virus disebarkan melalui disket. Boleh dikatakan insiden merupakan serangan yang paling ketara dalam sejarah ke atas pengguna Mac di mana sebelum ini amat jarang untuk diketahui sistem operasi tersebut mempunyai ancaman virus. Baca selanjutnya...


13 January 2014 at 09:58

Post a Comment