Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Penerima BR1M 2014 Diminta Maklumkan Nombor Akaun Bank Kepada LHDN Sebelum 31 Januari 2014

on Monday, 13 January 2014



IPOH: Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diminta memaklumkan nombor akaun bank mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) jika belum berbuat demikian sebelum 31 Januari bagi proses pembayaran.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata mulai tahun ini, kerajaan akan menyalur bantuan itu ke akaun bank penerima bagi mengelak mereka beratur panjang di program pemberian BR1M seperti sebelum ini.

"Penerima BR1M yang tidak ada akaun ini tidak ramai, kira-kira 10 peratus sahaja,... sejak program BR1M dilaksana dua tahun lepas, kita mahu adakan penambahbaikan, kita akan masukkan ke dalam akaun bank," katanya kepada pemberita Ahad.

Beliau juga berkata mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dan berkeluarga serta individu berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan RM2,000 yang menerima BR1M sebelum ini tidak perlu mendaftar lagi, sebaliknya hanya perlu memaklumkan nombor akaun bank sahaja kepada LHDN, jika belum berbuat demikian.

Bagi mereka yang berpendapatan antara RM3,001 dan RM4,000 serta berkeluarga namun tidak pernah menerima bantuan itu, perlu mendaftar dengan LHDN sebelum 31 Jan ini, katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Husni berkata setakat ini kerajaan belum bercadang untuk mengurangkan lagi subsidi minyak RON95.

"Saya kesal bila tengok dalam pelbagai blog yang penuh dengan spekulasi namun saya anggap ini adalah proses kematangan rakyat. Ada individu yang akan menggunakan kesempatan dengan pelbagai tuduhan, termasuk mendakwa harga minyak akan naik," katanya.

Beliau berkata pentadbiran kerajaan memperkenal dasar 'manage float' ke atas minyak RON97 yang diguna kira-kira tiga peratus pemilik kenderaan.

"Dasar itu membolehkan harga RON97 ditetapkan pada setiap bulan iaitu apabila harga pasaran meningkat, harga RON97 juga akan dinaikkan dengan kajian purata harga... ia bukan dasar 'full float' yang mana kerajaan tidak dapat mengawal harganya, harga itu akan mengikut pasaran harian yang bertukar setiap hari," katanya.

Bagi RON95, kerajaan mengurangkan harganya RM0.20 seliter melalui dasar rasionalisasi subsidi dengan melibatkan 97 peratus pengguna kenderaan, katanya.

Ahmad Husni juga berkata kerajaan sedang mengkaji kos sara hidup menerusi makmalnya, termasuk kesan keadaan itu kepada masyarakat, agar inisiatif tertentu dapat dilaksana bagi membantu meringankan beban rakyat.

Beliau berkata makmal itu adalah satu daripada dua yang dibentuk kementerian berkenaan selain yang menjalankan kajian rasionalisasi subsidi dan kesannya kepada negara dan kesejahteraan rakyat.

"Sekarang kita ada makmal untuk kos sara hidup, kita mahu meneliti bagaimana kesannya kepada masyarakat.

"Masyarakat di negara ini mempunyai beberapa tahap gaji, ada yang berpendapatan di bawah RM1,000 ada yang meraih antara RM2,000 dan RM3,000 dan ada yang melebihi jumlah itu," katanya.

Kajian itu akan menentukan golongan yang terjejas dan setakat mana tanggungan bebanan mereka agar beberapa inisiatif tertentu boleh diambil, katanya.

Sumber


Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Gombug said...

Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
Baca selanjutnya...


Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.Baca selanjutnya...


Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage.Baca selanjutnya...


Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini. Baca selanjutnya...


SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.Baca selanjutnya...


Flashback trojan: Ancaman virus terbesar bagi pengguna Mac Apple. Serangan virus Flashback ini boleh dikatakan di antara ancaman virus platform Mac OS yang paling terbesar dalam sejarah tersebar sejak era virus disebarkan melalui disket. Boleh dikatakan insiden merupakan serangan yang paling ketara dalam sejarah ke atas pengguna Mac di mana sebelum ini amat jarang untuk diketahui sistem operasi tersebut mempunyai ancaman virus. Baca selanjutnya...


13 January 2014 at 09:58

Post a Comment