Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Sharifah Aleya Tertarik Dengan Sikap Sabar Mohammed Azam

on Sunday 12 January 2014


PETALING JAYA: Personaliti radio Aleya mengakui tertarik dengan sikap sabar dalam diri Mohammed Azam Abdullah, 29, sehingga meyakinkannya mendirikan rumah tangga semula.
Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid atau lebih dikenali sebagai Leya, 31, berkata, dia pernah menguji kesabaran lelaki tersebut dengan pelbagai cara dalam tempoh perkenalan mereka.
"Saya mengenali dia (Mohammed Azam) tiga tahun lalu ketika kami sama-sama terlibat dalam teater Terima Kasih Cinta.
"Sepanjang hubungan itu saya nampak dia seorang yang sangat penyabar, sebelum ini saya sering mengusik dan menguji kesabarannya, namun dia melepasi semua ujian tersebut," katanya.
Leya selamat diijab kabul dengan Mohammed Azam Abdullah, 29, yang berasal daripada Kota Kinabalu, Sabah dan bekerja sebagai penerbit dan editor video di CreativeHubs.
Majlis diadakan di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara kira-kira pukul 10 pagi Sabtu.
Penyampai radio tersebut menerima mas kahwin sebanyak RM300 beserta hantaran sejumlah RM3,000.
Mohammed Azam turut membawa tiga dulang hantaran dan berbalas lima dulang oleh pihak perempuan.
Sementara itu, tambah Leya, Azam juga seorang yang penyayang dan pandai mengambil hati anak-anaknya.
Katanya, disebabkan kesungguhan lelaki itu juga membuatkanya terbuka hati untuk membina keluarga semula.
"Anak-anak saya jenis yang sukar untuk terima kedatangan orang baru, tetapi berlainan dengan Azam kerana mereka selesa dan terima kehadirannya dalam keluarga kami," ujarnya.
Dalam pada itu, ditanya tentang bulan madu, Leya berkata, buat masa ini mereka masih belum mempunyai sebarang perancangan.
Sementara itu, majlis resepsi pihak lelaki akan diadakan pada 23 Mac depan di Kota Kinabalu, Sabah.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment