Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Fadzli nekad tinggalkan UNIC

on Sunday 14 December 2014



"SAYA bukan artis tetapi seorang aktivis. Kepuasan saya adalah pada membantu masyarakat," tegas Fadzli atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Ab Aziz berhubung keputusannya meninggalkan kumpulan popular UNIC mulai 1 Januari nanti.

Mengulas lanjut kata Fadzli, minat utamanya  pada bidang latihan dan kaunseling sehingga berhasrat membuka sebuah klinik kaunseling kelak.

"Jiwa dan kepuasan saya lebih kepada program-program membantu masyarakat. Impian saya pula untuk menghasilkan sebuah buku motivasi," katanya yang akan lebih aktif dalam kerja-kerja sukarelawan.

Mengambil tempoh setahun untuk berfikir, Fadzli memberitahu, ahli-ahli UNIC lebih bersikap terbuka dengan keputusan yang diambilnya itu.

"Sejak akhir-akhir ini, saya agak berbelah bahagi dalam memberi komitmen kepada UNIC.

"Siapa yang tidak sayang, apatah lagi saya bersama UNIC selama 10 tahun. Alhamdulillah, ahli kumpulan lain menerima dan menghormati keputusan saya," katanya yang baru pulang dari Syria menjayakan Misi Bantuan Musim Sejuk Syria.

Ketika ditanya adakah personaliti TV AlHijrah ini akan bergerak secara solo selepas ini, Fadzli memberitahu: "Tidak. Suara saya bukanlah sedap sangat pun (ketawa).

"Namun, saya akan terus berada dalam bidang pengacaraan," katanya yang akan terus memberi sokongan kepada UNIC.

Dalam perkembangan lain, Fadzli memberitahu dia akan kembali berfokus kepada syarikatnya, Soul Power Consultancy & Services yang ditubuhkannya sejak setahun lalu.

Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment