Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Scha Al-Yahya Tertekan Akibat Desakan Peminat Padam Iklan Di Instagram

on Sunday 14 December 2014



PETALING JAYA: Pelakon Scha Al-Yahya berasa rimas dengan desakan pengikut Instagram yang memintanya memadam komen berunsur iklan yang ditulis peniaga-peniaga dalam talian pada gambar yang dimuat naik di laman sosial tersebut.

Scha, 31, berkata, perkara tersebut bukan sesuatu yang mudah kerana terlalu banyak komen berunsur iklan yang perlu dipadamkan secara manual.

"Komen iklan terlalu banyak dan tidak boleh dibendung, lagi pula perkara itu bukan terjadi pada artis Malaysia sahaja, malah turut dialami oleh artis luar yang mempunyai pengikut ramai.

"Saya lebih tertekan dan rimas dengan desakan peminat yang suruh saya buang iklan tersebut, mereka tidak tahu ia bukan perkara mudah untuk padam satu persatu secara manual," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Scha berkata, dari satu sudut, dia tidak menyalahkan komen iklan tersebut berikutan ia sebagai salah satu cara untuk menolong peniaga-peniaga baharu mencari rezeki.

Katanya, perkara tersebut juga memudahkan dia mencari sesuatu barang secara dalam talian.

"Saya tahu ramai yang marah dengan peniaga-peniaga barang yang komen di raungan gambar artis. Saya juga marah tetapi kalau fikir balik itu sahaja cara ingin tolong mereka.

"Lagi pun saya mudah untuk mencari sesuatu barang yang saya inginkan," katanya.

Selain itu, ditanya tentang trend artis yang mengenakan caj periklanan produk di laman sosial mereka, Scha berkata, dia enggan berbuat demikian.

Scha yang turut mempunyai pengikut melebihi 1 juta itu berkata, dia tidak mahu perkara tersebut menimbulkan konflik dengan produk iklannya.

"Ramai peniaga yang hantar e-mel minta saya review barang mereka dengan harga tertentu. Bagi saya ia terpulang kepada artis untuk buat atau tidak.

"Saya menolak kerana tidak mahu timbul konflik dengan beberapa produk yang ambil saya sebagai duta," ujarnya.

Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment