Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Atletico Madrid Malukan Real Madrid 4-0

on Sunday 8 February 2015


ATLETICO Madrid umpama berada di alam mimpi apabila berjaya membelasah pasukan teratas La Liga, Real Madrid dengan jaringan 4-0 pada perlawanan awal pagi Ahad.

Tiago Mendes membuka jaringan untuk Atletico pada minit ke-13 dan kemudiannya gol kedua pasukan itu disumbangkan Saul Niguez pada minit ke-18 melalui gol akrobatik hanya beberapa minit selepas menggantikan Koke.

Pada separuh masa kedua Antoine Griezmann dan Mario Mandzukic masing-masing melengkapkan gol Atletico untuk memalukan Real yang berada di tangga teratas La Liga.

Kemenangan itu menyaksikan Atletico mengurangkan jurang untuk menghampiri Real yang menjadi pendahulu liga.

Atletico kini berada pada kedudukan ketiga di belakang Barcelona.


Sumber 
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment