Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Lisa Surihani : 'Tahun depan kami bertiga'

on Thursday 5 March 2015


MINGGU lalu, heboh mengenai khabar angin yang mengatakan dia kini hamil anak kembar, termasuklah 'hint' yang diberikan Yusry baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan khabar tersebut.

Lisa yang sebelum ini enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut, memberi sedikit penjelasan tatkala di tanya mengenai kesahihan khabar angin tersebut.

"Dia (Yusry) kata ‘Insya-Allah tahun hadapan kita akan menyambut 'bertiga’ bersempena dengan majlis ulang tahun perkahwinan kami.

"Jadi pada saya itu sudah cukup memberi jawapan saya mengandung kembar atau tidak. Apa pun saya tidak mahu banyak berkata tidak, malah mama saya pun tidak suka kerana ini adalah rezeki.

“Nanti saya akan cerita lebih lanjut mengenai hal ini. Biar semuanya betul-betul stabil dahulu," katanya yang kelihatan semakin berseri-seri.

Tidak meletakkan had tempoh bercuti sehingga habis tempoh berpantang, Lisa berkata, segala-galanya bergantung pada perkembangan anak dan kebenaran doktor kelak.

“Buat masa sekarang, saya tidak berani nak komen lebih mengenai saya berlakon atau tidak sewaktu mengandung. Sebab itu perkara yang tidak dijangka.

“Kalau boleh berlakon, saya tidak ada masalah. Tapi biarlah buat masa sekarang saya berehat dulu," ujarnya.

Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment