Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Akim Tidak Tekejut Komen Negatif Stacy

on Thursday 23 April 2015


PETALING JAYA: Penyanyi Akim Ahmad tidak terkekjut apabila kekasihnya Stacy membuat kenyataan tidak meletakkan harapan tinggi terhadap hubungan mereka itu.
Akim, 24, turut menyifatkan kenyataan tersebut adalah sesuatu yang normal bagi seseorang wanita apabila memberi komen mengenai isu percintaan.

"Hubungan kami masih lagi baik dan saya tahu mengenai kenyataan yang dibuatnya (Stacy). Biasalah perempuan, takkan nak cakap lebih-lebih tentang hal cinta yang belum pasti. Tak manis pula jadinya.

"Sebagai manusia biasa, saya telah pun mendedahkan hubungan cinta antara kami sebelum ini. Dan jika dia beri kenyataan sebegitu, tidak salah. Memang kami belum sedia untuk berkahwin buat masa ini," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Menerusi laporan mStar Online pada Rabu, Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 25, tampil dengan mendedahkan sukar untuk dia menjangkakan hala tuju hubungannya dengan Akim pada masa hadapan.
 Akim sebelum ini telah membuat kenyataan rasmi mengenai percintaannya dengan Stacy dan sekali gus menamatkan spekulasi hubungan mereka.

Namun timbul pula desas-desus lain mengatakan faktor perbezaan agama antara penghalang hubungan berkenaan.

Sementara itu, Akim berkata, perbezaan agama tidak pernah menghalang mereka untuk menjalinkan cinta dan kedua-dua belah keluarga terbuka dengan perhubungan tersebut.

"Walaupun kami berbeza agama, keluarga kedua-dua pihak sangat terbuka dengan perhubungan ini.

"Tetapi apabila isu agama timbul, ia agak sensitif untuk dibincangkan. Mungkin perkara itu (kahwin) perlu mengambil sedikit masa.

"Saya pun tak boleh nak cakap perkara ini lebih-lebih. Biarlah takdir jodoh menentukan," ujarnya.

Walaupun belum merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini, namun mereka bakal terlibat dalam satu projek nyanyian bersama yang akan diberitahu kelak.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment