Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Amar Baharin Dan Amyra Rosli Tidak Mahu Membazir Untuk Majlis Perkahwinan

on Tuesday 30 August 2016


Bakal berkahwin tidak lama lagi, pasangan popular Amar Baharin dan Amyra Rosli memberitahu mereka tidak mahu membazir dan hanya ingin melakukan majlis perkahwinan yang sederhana.

Menurut Amar, beliau sendiri turun padang untuk melakukan segala persiapan dan merasa syukur kerana hampir 50 peratus perancangan untuk majlis raja seharinya sudah siap.
Sebenarnya sejak beberapa minggu yang lalu saya sudah sibuk mempersiapkan beberapa hal majlis perkahwinan kami nanti bersama ibu Amyra. Memang letih sebenarnya mahu menguruskan majlis yang besar tetapi saya puas hati.
Dari makanan sampailah kepada persiapan pelamin semuanya sudah dibincangkan. Awal-awal lagi kami sudah sepakat untuk tidak membazir dan terlalu mengejar glamor. Cukuplah saya dan Amyra selamat bernikah dan meraikan tetamu yang hadir.
Buat Amar kehidupan selepas berkahwin nanti yang lebih penting dan ingin menyimpan wang untuk masa hadapan beliau dan Amyra nanti.
Bagi saya kehidupan selepas bernikah lebih penting. Kalau berhabis wang ringgit untuk majlis bersanding, bagaimana pula masa hadapan?.
Ukuran sebenar bukan kepada kemewahan sesebuah majlis sebaliknya ada perkara besar lain yang perlu digalas. Sebab itu saya tidak berlebih-lebihan dalam mempersiapkan diri terhadap perkahwinan tetapi turut sama mementingkan soal tanggungjawab sebagai suami. Apabila bernikah nanti, saya mahu menjadi suami yang terbaik buat bakal isteri.

Kami setuju dengan pendirian Amar dan Amyra, memang benar kita harus meraikan majlis perkahwinan tetapi janganlah keterlaluan. Bukan mudah untuk mencari wang ringgit, lebih baik gunakannya untuk waktu selepas berkahwin nanti. Pelbagai tanggungjawab yang harus digalas selepas bergelar suami isteri.
Sumber Berita : Utusan Online
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment