Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Fattah Amin Menafikan Gosip Bercinta Dengan Mira Filzah

on Monday 29 August 2016


Minggu lepas, ada dakwaan mengatakan Mira Filzah merupakan punca Fattah Amin berpisah dengan Sherry Ibrahim. Semuanya kerana hubungan rapat Fattah dan Mira yang terjalin sejak beberapa bulan lepas.

Malah, Fattah dikatakan sudah mempunyai syarikat pengurusan artis dikenali sebagai Myfastyle dan telah melantik Mira sebagai artis untuk bernaung di bawah syarikat miliknya itu.
Namun, Fattah menerusi kenyataan terbaru beliau di Bipop Berita Harian menafikan beliau mempunyai hubungan istimewa dengan Mira.

Saya mengenali Mira sejak menuntut di UiTM. Cuma kebelakangan ini, kami kerap bergandingan menyebabkan ada pihak membuat andaian kami bercinta. Kami juga bernaung di bawah pengurusan yang sama iaitu Myfastyle tetapi ia bukan milik saya seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Memang saya dan Mira merancang beberapa projek bersama, tetapa itu tidak bermakna kami bercinta. Kami juga akan bergandingan dalam sebuah  projek drama lagi pada Oktober depan.
Berbicara mengenai kritikan yang beliau terima sejak putus cinta dengan Sherry, Fattah bagaimanapun tidak mahu cepat melatah dan enggan membiarkan perkara berpanjangan. Fattah terima setiap komen dan kutukan yang dilemparkan kepada dirinya.
Jika ikutkan emosi, saya pasti terganggu dengan pelbagai tuduhan dan tidak boleh bekerja. Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu mengikut hati.
Mereka hanya kenal saya di kaca televisyen, bukan secara peribadi. Saya terima segala kutukan yang dilemparkan walaupun hati saya terluka.

Hmmph, rasanya tidak perlulah kita salahkan sesiapa bila hubungan Fattah dan Sherry putus. Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Tidak perlu lagi menghukum dan mencari kesalahan mereka lagi dan biarkan mereka bahagia dengan kehidupan masing-masing selepas ini.
Sumber Berita : Bipop Berita Harian
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment