Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Isteri Pelakon Shukri Yahaya Selamat Bersalin Bayi Perempuan

on Thursday 25 August 2016


PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira pukul 12.22 tengah hari, Rabu.
Berita berkenaan disahkan sendiri oleh Shukri menerusi laman Instagram miliknya.

"Syukur Alhamdulillah, hari ini Rabu bertarikh 24 Ogos 2016 tepat pukul 12.22 tengah hari, isteri saya Tya Adnan selamat melahirkan cahaya mata sulung kami (perempuan).

"Terima kasih kepada yang mendoakan. Allahuakhbar," tulisnya.

Bagaimanapun Shukri tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai kelahiran bayi pertamanya itu.

Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya, 28, berkahwin dengan Tya pada 20 November 2015 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment