Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Akibat Tak Pakai Underwear Sewaktu Bersukan, Alat Sulit Anak Ifa Raziah Cedera

on Thursday 25 August 2016


ANAK lelaki kepada penyanyi Datuk Ifa Raziah kini sedang dirawat di sebuah hospital swasta akibat mengalami kecederaan di alat sulit selepas bermain badminton, Sabtu lalu.

Kecederaan itu dikatakan berpunca gara-gara Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani, 11, lupa memakai seluar dalam ketika bersukan.
Menurut Ifa, pada awalnya dia hanya membawa anaknya ke sebuah klinik kerana merasakan kecederaan itu tidak serius. Bagaimanapun, bahagian itu terus membengkak dan sakit sebelum dia terus membawa anaknya ke hospital.
“Doktor mengesahkan Aqili terkena jangkitan Testicular Torsion. Tak sangka pula ia kecederaan yang serius.
“Rupa-rupanya doktor memberitahu, kanak-kanak lelaki terutamanya tidak boleh bersukan tanpa memakai seluar dalam kerana ia boleh mengganggu bahagian sulit mereka,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Ifa meluahkan rasa lega apabila doktor memaklumkan penyakit anaknya itu boleh diubati.
“Risau juga kalau dia mandul. Maklumlah, dialah satu-satunya anak lelaki yang saya ada dan ia juga berkaitan dengan masa depannya.
“Apa-apapun saya lega apabila diberitahu Aqili akan pulih seperti biasa. Cuma selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan sentiasa mengingatkan dia untuk menjaga diri,” katanya lagi.
Testicular Torsion berlaku apabila buah zakar dan salur sperma terpulas atau‘twisted’.
Apabila buah zakar terpulas, ia mengakibatkan perjalanan darah ke dalam buah zakar tergendala atau terputus, menyebabkan bahagian itu membengkak dan meradang, yang memerlukan bantuan kecemasan perubatan. Credit – MYNEWHSUB.CC
Sumber: Berita Harian
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment