Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Nazim Othman Enggan Sentuh Wanita Bukan Mahram Lagi Sewaktu Berlakon

on Thursday 25 August 2016


SELEPAS Izzue Islam, pelakon kacak Nazim Othman pula mengumumkan enggan lagi berlakon babak bersentuhan dengan wanita bukan mahram.

Bukan sahaja dalam dunia lakonan, Nazim memberitahu, dia turut mempraktikan perkara itu dalam aktiviti kehidupan sehariannya.
Menurut Nazim atau nama sebenarnya, Nushrul Alif Othman, 32, keputusan itu selepas mengalami ketumbuhan otak pada Mac 2015.
“Saya tidak mahu babak romantik berlebihan, berpelukan atau bersentuhan kulit dengan wanita bukan mahram sama ada dalam lakonan ata ketika di luar waktu kerja.
“Saya cuba mengelakkan bersalaman dengan wanita, malah dengan tunang saya Bella Dally juga. Sejak dia bertudung lagi saya menghormati dia dengan tidak pernah menyentuhnya.
“Ia adalah janji saya kepada diri sendiri selepas menjalani pembedahan ketumbuhan otak pada tahun lalu. Ada beberapa janji yang saya telah tanamkan dalam diri selain daripada perkara itu, tapi biarlah ia menjadi rahsia,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Nazim mengakui dia bersyukur apabila keputusannya itu diterima baik oleh pihak produksi.
Dalam perkembangan lain, Nazim bakal muncul dalam drama berjudul Lara Aishahgandingan bersama Fasha Sandha. Credit – MYNEWSHUB.CC
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment