Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Plat V1: Sultan Johor Menang Bidaan Plat Terbaharu KL Hampir 1 Juta

on Sunday 28 August 2016


PUTRAJAYA – Selepas memperoleh nombor pendaftaran kende­raan F1 iaitu siri baharu Wilayah Persekutuan Putrajaya, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menang bidaan plat V1 untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan dengan memetik sumber boleh dipercayai daripada ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa bidaan baginda untuk plat kali ini bernilai hampir RM1 juta iaitu pada harga RM989,780.
“Manakala nombor pendaftaran V2 yang dibida pada harga RM700,000 oleh Ng Min Lin dan V3 de­ngan harga RM660,000 oleh sebuah syarikat Fuji Supply Holdings Sdn. Bhd.,” katanya ketika dihubungi.
Sumber JPJ itu malah memberitahu bahawa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong turut dilaporkan berjaya memenangi bidaan untuk nombor pendaftaran V9 dengan nilai harga sebanyak RM899,800.
Ini menyaksikan baginda sebagai pembida kedua tertinggi selepas Sultan Johor sebelum diikuti Yuen Soon Seng untuk plat V8 dengan nilai RM880,00 dan kemudian Tan Kean Soon bagi plat V7 dengan bidaan RM877,800.
Pengumuman keputusan terkini bidaan senarai nombor plat V berkenaan turut ditampal pada papan kenyataan awam Bahagian Pendaftaran Kenderaan, JPJ Wilayah Persekutuan pada pukul 12 tengah hari Jumaat.
Nombor siri pendaftaran V tersebut dibuka kepada umum bagi menggantikan siri plat W sebelum ini yang mula diperkenalkan oleh JPJ ketika penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 1 Februari 1974.
Plat V diperkenalkan susulan hasil kajian JPJ berdasarkan maklum balas pengguna merungut siri sebelum ini iaitu W diikuti angka dan kemudian urutan abjad yang diperkenalkan pada 2013 selepas berakhir WYY 9999 nyata tidak begitu digemari.
Ini menyebabkan sumber perolehan JPJ menerusi jualan bidaan nombor pendaftaran kenderaan W merosot apabila ramai pembeli beralih kepada plat negeri-negeri lain yang kelihatan lebih menarik dan tidak begitu rumit untuk diguna pakai.
Sebelum ini Sultan Johor turut menarik perhatian banyak pihak apabila pernah berjaya membida nombor pendaftaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu WWW1 dengan harga RM520,000 pada 2012 dan W1N bernilai RM748,000 pada 2014.
Manakala pada 1 Julai lalu, Sultan Ibrahim menang bidaan nombor plat baharu bagi Putrajaya iaitu F1 dengan nilai RM836,660, malah nombor berkenaan telah dipasangkan pada kereta Proton Perdana milik baginda sendiri. 
Sumber : Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment