Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Sharnaaz Ahmad Rancang Nikahi Nabila Tahun Depan

on Thursday 25 August 2016


SETELAH beberapa kali gagal dalam beberapa siri percintaan, pelakon Sharnaaz Ahmad, 31, akhirnya akui telah sedia bergelar suami kepada kakak Neelofa, Noor Nabila.

Menurut Sharnaaz, mereka sudah berbincang ke arah mendirikan rumahtangga dan harap perkahwinan mereka dapat dilansungkan selewat-lewatnya tahun depan.
Kata aktor berbadan sasa ini, dia menyerahkan segala urusan perbincangan dan peminangan kepada keluarga.
“Pada usia ini, saya sudah sedia memikul tanggungjawab sebagai suami serta membina keluarga. Saya berharap ia dapat direalisasikan tahun depan.
“Walaupun hasrat ini sudah saya suarakan kepada Nabila, semuanya harus mengikut adat bermula dengan majlis merisik disusuli peminangan.
“Namun, kalau boleh saya enggan ‘mengikat’ bakal isteri terlalu lama. Kami mahu bertunang tidak lebih dari enam bulan,” katanya kepada BH Online. 
Sementara itu, Sharnaaz akui Nabila membuatkan dirinya merasa cukup istimewa.
“Nabila sebenarnya mempunyai banyak ciri yang membuatkan dirinya disenangi. Selain bijak dan tahu apa yang dimahukan dalam hidup serta kerjaya, dia kurang suka kepada kehidupan glamor.
“Walaupun dilahirkan dalam keluarga senang, dia tetap bersederhana dan merendah diri.
“Memang sepanjang bersamanya, kami ada bergaduh. Adatlah, orang bercinta. Namun, kami terus serasi dan paling penting keluarga emberi restu,” katanya.
Pasangan ini telah menjalinkan hubungan cinta sejak tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Sharnaaz bakal muncul dalam sebuah drama bersiri berjudul Hero di TV2.  
Credit – MYNEWSHUB.CC
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment