Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Sotong yang paling comel ditemui

on Wednesday 17 August 2016


CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Lupakan watak kartun haiwan laut seperti Nemo atau Dory kerana ahli biologi sudah menjumpai sotong paling comel di dunia sebenar bulan lepas.
Robot penyelidikan E/V Nautilus milik sekumpulan ahli biologi berjaya mengesan seekor sotong jenis 'stubby' yang mempunyai karekteristik mata tersembul bewarna unggu.
Sience Alert mengatakan ahli biologi menyifatkan penemuan tersebut sebagai jarang ditemui dan sotong dari keluarga sotong Rossia Pacifica sebagai paling comel.
Juga dikenali sebagai 'dumpling squid', ahli biologi sebelum ini hampir tersilap menyamakannya dari spesis 'cuttle fish' yang hampir menyerupai sotong.
Spesis berkenaan menghabiskan seluruh masanya bertapak di laut dalam dan selalunya menanam diri mereka di dalam pasir.
Sotong jenis ini juga boleh dijumpai di dasar laut dalam dari Jepun sehinggalah California Selatan dan boleh dijumpai hidup sedalam 1,300 meter di dalam laut.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment