Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Parti Bersatu akan pulihkan demokrasi, kata Mahathir

on Wednesday 17 August 2016


SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk memulihkan demokrasi dan kedaulatan undang-undang negara.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, agenda itu akan dibawa Bersatu kerana  pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menafikan hak undang-undang dan demokrasi di Malaysia.

"Parti baharu akan memberi perhatian kepada perubahan pemikiran rakyat Malaysia, dan memulihkan negara," katanya dalam blognya  hari ini.

Dalam pada itu katanya, beliau telah meneliti nasib parti-parti yang memperjuangkan kemerdekaan di negara-negara lain.

"Kebanyakan mereka kini lenyap. Mereka tewas kepada parti baru yang dibentuk selepas kemerdekaan kerana selalunya lupa tujuan parti berkenaan dibentuk, dan menyalahgunakan kuasa yang diberikan untuk kepentingan peribadi," katanya.

Jelasnya, Umno telah bertahan begitu lama. Tetapi di bawah Najib ia terlupa sepenuhnya tujuan ia ditubuhkan.
“Najib telah memalukan negara yang pernah dikagumi ini," katanya.

Parti  Bersatu  menamakan Dr Mahathir sebagai pengerusi. Sementara Tan Sri Muhyiddin Yassin dinamakan sebagai presiden parti, dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dinamakan sebagai timbalan presiden.

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment