Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Benci Dengan Dunia Sekarang, Lagu Where Is The Love? Kembali Dirakam Semula

on Sunday, 4 September 2016


SITUASI dunia sekarang yang penuh dengan peperangan di mana negara kuasa besar ‘membuli’ negara-negara lemah seperti Afghanistan dan Syria serta jenayah pengeboman oleh kumpulan pengganas, membuatkan Black Eyed Peas (BEP) terpanggil untuk merakam semula lagu hits mereka, Where Is The Love?.
Lagu yang menjadi cukup hits 13 tahun lalu itu mengandungi bait-bait lirik positif yang menerapkan mesej kasih sayang di antara masyarakat sejagat.
BEP yang dianggotai Will.i.am, Fergie, Taboo dan Apl.De.Ap telah mengolah semula melodi lagu tersebut selain berkolaborasi dengan ramai artis popular dalam karya terbaharu mereka ini.
Antara penyanyi yang menyumbangkan suara dalam Where Is The Love? versi baharu ialah Mary J. Blige, Nicole Scherzinger, Jessie J, Usher dan Justin Timberlake.
Muzik video itu bagi lagu ini turut disertai muka popular lain sebagai tanda sokongan antaranya Vanessa Hudgens, Jaden Smith, aktres Shailene Woodley dan model terkenal, Kendall Jenner. 
Credit – MYNEWSHUB.CC

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment