Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Mengejutkan!! Fara Fauzana umum batal nikah dengan Hafiz 17 September ini. Hafiz puncanya?

on Sunday 4 September 2016


PENGACARA terkenal, Fara Fauzana dilaporkan membatalkan majlis pernikahannya yang dirancang 17 September ini atas sebab peribadi, lapor sebuah portal.

Akui sukar dengan keputusan itu namun menurut Fara, alasan pembatalan itu tidak boleh dikongsi dengan umum.

“Dengan penuh rasa dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa hasrat saya untuk menamatkan zaman bujang pada 17 September ini dibatalkan.

“Keputusan membatalkan pernikahan saya dengan pemuda bernama Hafiz, seperti yang saya umumkan pada sidang akhbar pada 1 Ogos lalu, dibuat atas sebab-sebab yang terlalu peribadi,” katanya yang memetik laporan Mstar Online.

Sebelum ini, Fara mengesahkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai Hafiz.

Dalam pada itu, Fara memberitahu keputusan itu diambil setelah beliau memikirkan semasak-masaknya selain memohon petunjuk daripada ALLAH SWT dan keluarganya.

“Sesungguhnya saya yakin bahawa apa yang berlaku ini semuanya adalah ketentuan ALLAH dan tentu sekali ada hikmah yang menanti,” katanya.

Sumber : Sinarharian
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment