Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Wanita dakwa diperkosa anggota polis di bilik hotel berhadapan IPD Wangsa Maju

on Thursday 1 September 2016


KUALA LUMPUR: Seorang tukang jahit yang mendakwa dirogol seorang anggota polis merayu pasangan berbangsa Cina yang membantu membawanya ke Balai Polis, awal pagi Ahad lalu, untuk tampil menjadi saksi kes berkenaan.

Dalam kejadian sekitar jam 2.30 pagi, mangsa dikenali sebagai Atie berusia 30 tahun, cuba menyelamatkan dirinya selepas dibawa ke sebuah hotel di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, di Jalan Pudu, di sini.

Menurut mangsa, sebelum itu, dia bersama suspek yang juga anggota Bahagian Narkotik, IPD Wangsa Maju, keluar bersama-sama untuk mengambil telefon bimbit miliknya daripada seorang lelaki di Cheras.

"Selepas mengambil telefon bimbit saya, suspek yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Radhi atau Pian, membawa saya ke sebuah pusat hiburan dengan alasan ingin menemui rakan-rakannya.

"Bagaimanapun saya syak minuman saya dicampurkan dengan sesuatu sehingga menyebabkan kepala saya berasa pening, sebelum menyedari saya dibawa ke sebuah hotel," katanya kepada BH sebentar tadi.

Katanya, dia bagaimanapun meronta-ronta supaya dilepaskan sebelum menahan sebuah kereta yang dinaiki pasangan berbangsa Cina berusia sekitar 30-an yang melalui hadapan hotel berkenaan.

"Saya tidak pasti sama ada pasangan itu menaiki kereta PERODUA Alza atau Viva dan mereka berhenti untuk membantu saya sebelum suspek turut masuk ke dalam kereta berkenaan.

"Pasangan itu, kemudian membawa saya ke IPD Wangsa Maju dan mengarahkan saya keluar untuk menyelesaikan masalah saya kerana suspek mengugutnya dengan menunjukkan kad kuasa polis," katanya.

Mangsa mendakwa kerana gagal mendapatkan bantuan, dia kemudian ditarik semula ke hotel berkenaan dan dirogol suspek.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, mengesahkan kejadian berkenaan dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggotanya yang terbabit dalam jenayah.

"Setakat ini siasatan kes dijalankan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11) Polis Kontinjen Kuala Lumpur, mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment