Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Showing posts with label Fouziah Gous. Show all posts
Showing posts with label Fouziah Gous. Show all posts

FOUZIAH GOUS HAMIL ANAK PERTAMA

on Wednesday, 27 May 2015


Tahniah diucapkan kepada pelakon Fouziah Gous yang bakal bergelar ibu apabila disahkan hamil dua bulan setengah. Selepas beberapa tahun mengharap kehadiran cahaya mata, berita ini pastinya menggembirakan Fouziah dan suami, Zhafran.

Memetik laporan Harian Metro, Fouziah mengetahui berita ini setelah pulang dari menjalani penggambaran program Nona sambil berbulan madu bersama suami di Jepun, Mac lalu.

“Mulanya saya tidak jangka hamil kerana saya memang mengalami masalah haid yang tidak menentu tetapi apabila merasakan ada perubahan pada hormon badan saya jadi tak sedap badan. Lantas, saya membuat ujian kehamilan sendiri sebanyak dua kali dan kedua-duanya memberi bacaan positif.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu gembira lagi dan minggu berikutnya barulah saya pergi membuat pemeriksaan di klinik biasa. Hasilnya juga sama iaitu positif. Sekali lagi saya masih tidak puas hati dan mengajak suami untuk malakukan ujian di pusat perubatan swasta.

“Apabila diberitahu kandungan saya sudah berusia tujuh minggu, barulah saya yakin sepenuhnya,” katanya yang tidak kisah dengan jantina anak yang bakal dilahirkan.

Media Hiburan Online mendoakan agar Fouziah dapat menjalani tempoh kehamilan dengan lancar dan melahirkan bayi yang comel dan sihat kelak!

Sumber

NONA : Fouziah Gous ganti Neelofa?

on Tuesday, 25 March 2014


RANCANGAN Nona yang disiarkan di TV3 cukup sinonim dengan dua aktres jelita Fara Fauzana dan Neelofa yang bertindak sebagai pengacara.

Bagaimanapun pada Ahad lalu, Fara Fauzana dilihat tidak ditemani oleh teman pengacaranya itu, sebaliknya digandingkan dengan pelakon filem Otai iaitu Fouziah Gous.

Kemunculan pelakon itu menimbulkan tanda tanya kepada peminat program berkenaan sekali gus timbulnya desas-desus yang menyatakan dia bakal menggantikan tempat Neelofa.

"Ia tidak benar sama sekali. Saya hanyalah menjadi pengacara jemputan.

"Kebetulan, waktu itu saya baharu saja tamat penggambaran pada sebelah pagi dan sedang berkelapangan sementara menunggu waktu penggambaran pada sebelah malamnya.

"Lagi pula, ia dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dan berhampiran dengan lokasi penggambaran berikutnya," tegasnya.

Ketika ditanya mengenai pengalamannya sepanjang mengacara rancangan berkenaan, pelakon Sutera Maya ini memberitahu: "Ini adalah percubaan pertama saya.

Biarpun agak bimbang pada awalnya, tapi saya tetap ingin mencuba.

"Oleh itu, saya harap peminat tidak menjangka sesuatu yang lebih daripada saya," katanya.

Begitu pun, pelakon Sutera Maya ini sedia berkongsi pengalamannya sebagai pengacara jemputan dengan peminatnya.

Jelasnya, banyak ilmu yang dipelajarinya sepanjang tempoh penggambaran terutamanya mengenai isu semasa sementelah lagi Nona adalah satu rancangan yang berbentuk informasi.

"Bidang pengacaraan adalah sesuatu yang baharu bagi saya kerana saya tidak pernah mencubanya.

"Banyak yang saya pelajari tentang ‘camera angle’ dan paling penting sekali tentang isu semasa.

"Alhamdulillah, pihak produksi dan Fara Fauzana banyak membantu," katanya.

Ketika ditanya, tidakkah dia mahu menjadikan pengacara sebagai salah  satu profesion kerja dirinya, Fouziah dengan tegas menjelaskan: "Fokus utama saya tetap pada bidang lakonan dan perniagaan yang baharu diceburi.

Lagi pula, saya hanya dijemput menjadi pengacara Nona hanyalah untuk satu episod. "Saya terima tawaran itu pula semata-mata  untuk menimba pengalaman.

"Tapi, saya ada juga menerima beberapa tawaran lain, namun saya tidak bersedia untuk menerimanya," katanya. Tambahnya lagi, ia juga perlulah seiring dengan komitmen dan kemampuan diri dalam melakukan apa-apa pekerjaan sekali pun.

Tunggu zuriat Sementara itu, bercerita mengenai sisi peribadinya pula, Fouziah yang telah enam bulan bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Md Zhafran Mohd Yusof memberitahu  mereka tidak pernah merancang mengenai zuriat.

"Saya dan suami tidak pernah merancang. Kami hanya mengikut saja apa yang telah ditetapkan. "Jika ada rezeki, adalah. Kami berbesar hati menerimanya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Fouziah kini sedang menjalani penggambaran drama berjudul Masihkah Ada Cinta di samping Amar Asyraf, Siti Elizad, Shah Iskandar dan Fadilah Mansor untuk slot Samarinda, TV3.

Sumber

Sah! Fouziah Gous-Zhafran Nikah Pada 21 September Ini

on Sunday, 15 September 2013


KUALA LUMPUR, 13 SEPT 2013: Aktres jelita, Fouziah Gous akhir mengumumkan yang dia dan tunangnya, Zhafran Dato` Yusof, 30, bakal diijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah yang akan dilangsungkan pada Sabtu, 21 September ini.

Pengumuman itu dibuat Fouziah sendiri dalam satu majlis sidang media mengumumkan tarikh pernikahan serta persandingannya yang diadakan di Seri Kembangan, petang tadi.

Dalam sidang media tersebut, Fouziah memberitahu yang majlis akad nikahnya akan diadakan di Dewan Tengku Ampuan Jemaah, Masjid Bukit Jelutong pada sebelah malam selepas Isyak. Majlis akad nikah itu juga akan diserikan dengan tema Pakistan dan warna putih.

Majlis resepsi sebelah perempuan pula akan diadakan pada malam Ahad, 29 September di Marriot, Putrajaya manakala bagi pihak lelaki pula akan diadakan di kediaman Zhafran di Bukit Jelutong pada 5 Oktober ini.

Fouziah dan Zhafran telah ditunangkan pada 1 Jun lalu dalam satu majlis pertunangan yang diadakan di Bora Asmara, Kuala Lumpur. Mereka mula berkenalan pada Mac lalu dan selepas lebih 3 bulan mengenal hati budi, pasangan ini bersetuju untuk mengikat pertunangan dan mengumumkan akan berkahwin selepas sambutan Aidilfitri tahun ini.