Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

NONA : Fouziah Gous ganti Neelofa?

on Tuesday 25 March 2014


RANCANGAN Nona yang disiarkan di TV3 cukup sinonim dengan dua aktres jelita Fara Fauzana dan Neelofa yang bertindak sebagai pengacara.

Bagaimanapun pada Ahad lalu, Fara Fauzana dilihat tidak ditemani oleh teman pengacaranya itu, sebaliknya digandingkan dengan pelakon filem Otai iaitu Fouziah Gous.

Kemunculan pelakon itu menimbulkan tanda tanya kepada peminat program berkenaan sekali gus timbulnya desas-desus yang menyatakan dia bakal menggantikan tempat Neelofa.

"Ia tidak benar sama sekali. Saya hanyalah menjadi pengacara jemputan.

"Kebetulan, waktu itu saya baharu saja tamat penggambaran pada sebelah pagi dan sedang berkelapangan sementara menunggu waktu penggambaran pada sebelah malamnya.

"Lagi pula, ia dilakukan di sekitar Kuala Lumpur dan berhampiran dengan lokasi penggambaran berikutnya," tegasnya.

Ketika ditanya mengenai pengalamannya sepanjang mengacara rancangan berkenaan, pelakon Sutera Maya ini memberitahu: "Ini adalah percubaan pertama saya.

Biarpun agak bimbang pada awalnya, tapi saya tetap ingin mencuba.

"Oleh itu, saya harap peminat tidak menjangka sesuatu yang lebih daripada saya," katanya.

Begitu pun, pelakon Sutera Maya ini sedia berkongsi pengalamannya sebagai pengacara jemputan dengan peminatnya.

Jelasnya, banyak ilmu yang dipelajarinya sepanjang tempoh penggambaran terutamanya mengenai isu semasa sementelah lagi Nona adalah satu rancangan yang berbentuk informasi.

"Bidang pengacaraan adalah sesuatu yang baharu bagi saya kerana saya tidak pernah mencubanya.

"Banyak yang saya pelajari tentang ‘camera angle’ dan paling penting sekali tentang isu semasa.

"Alhamdulillah, pihak produksi dan Fara Fauzana banyak membantu," katanya.

Ketika ditanya, tidakkah dia mahu menjadikan pengacara sebagai salah  satu profesion kerja dirinya, Fouziah dengan tegas menjelaskan: "Fokus utama saya tetap pada bidang lakonan dan perniagaan yang baharu diceburi.

Lagi pula, saya hanya dijemput menjadi pengacara Nona hanyalah untuk satu episod. "Saya terima tawaran itu pula semata-mata  untuk menimba pengalaman.

"Tapi, saya ada juga menerima beberapa tawaran lain, namun saya tidak bersedia untuk menerimanya," katanya. Tambahnya lagi, ia juga perlulah seiring dengan komitmen dan kemampuan diri dalam melakukan apa-apa pekerjaan sekali pun.

Tunggu zuriat Sementara itu, bercerita mengenai sisi peribadinya pula, Fouziah yang telah enam bulan bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Md Zhafran Mohd Yusof memberitahu  mereka tidak pernah merancang mengenai zuriat.

"Saya dan suami tidak pernah merancang. Kami hanya mengikut saja apa yang telah ditetapkan. "Jika ada rezeki, adalah. Kami berbesar hati menerimanya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Fouziah kini sedang menjalani penggambaran drama berjudul Masihkah Ada Cinta di samping Amar Asyraf, Siti Elizad, Shah Iskandar dan Fadilah Mansor untuk slot Samarinda, TV3.

Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment