Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Vie Wanita Paling Rapat Dengan Saya Sekarang – Pengakuan Zizan Razak

on Monday, 29 August 2016


Gosip percintaan antara Zizan Razak dan bekas isteri Datuk Eizlan Yusof iaitu Vie Shantie Khan bukanlah satu berita baru lagi.
Kedua-duanya menafikan mempunyai hubungan istimewa meskipun peminat dan pihak media dapat menghidu bibit cinta antara mereka apatah lagi mereka sering keluar bersama dan berpakaian sedondon sewaktu majlis perkahwinan adik Vie.
Namun, sehingga kini masih tiada perkembangan terbaru mengenai hubungan mereka.
Baru-baru ini Mawar Putih daripada akhbar Berita Harian dapat bertemu empat mata dengan Zizan dan menanyakan beberapa soalan mengenai beliau dan Vie.
Jelas Zizan, beliau dan Vie sebenarnya serasi bersama dan Vie adalah wanita paling rapat dengan beliau sekarang.
Ya, Vie adalah wanita paling rapat dengan saya ketika ini. Saya sebenarnya rasa rendah diri apabila berkawan dengannya.
Bagi yang kenal, mereka tahu siapa Vie. Dia “ low profile” walaupun memiliki segala-galanya. Ikutkan, kami bagaikan langit dan bumi.Kami serasi berkawan dan boleh berbual apa saja, terutama mengenai perniagaan. Vie saya lihat sebagai ahli perniagaan yang berjaya.
Ditanya mengenai soal jodohnya dengan Vie, Zizan bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut mengenai dan menyerahkan hal berkenaan kepada ketentuan Tuhan.
Soal jodoh, saya tidak berani memperkatakannya lebih-lebih. Saya berdoa tetapi biarlah Tuhan yang menentukannya. Dengan siapa Allah lebih tahu.
Semoga Zizan dapat bertemu dengan wanita yang boleh dijadikan peneman hidupnya. Kalau ada jodoh dengan Vie pun apa salahnya bukan?
Sumber Berita : Berita Harian

Aku Nampak Mamat Ni “Sweet” Dengan “Awek” Dia, Kenapa Aku Tak Mampu Jadi Macamni


Sering kali terbaca di laman sosial kisah yang dikongsikan oleh mereka dalam bidang perubatan kisah gelagat anak-anak menjaga orang tua mereka di hospital, ada yang betul-betul bertanggungjawab dan ada juga yang pelbagai karenah walaupun dengan ibu bapa sendiri.

Perlu diketahui, ibu bapa kita adalah syurga kita, tanpa redha mereka terhadap kita, adakah kita akan dapat cium bau syurga?

Dikongsikan oleh seorang lelaki bernama Mat Surat, di mana kami masih mencari sumber asal, kisah seorang lelaki yang mahu namanya dirahsiakan, beliau merupakan seorang despech, telah terjumpa seorang lelaki yang amat hebat.

Lelaki berkenaan dilihat menyuap makanan ke mulut ibu kesayangan di hadapan orang ramai tanpa segan silu atau kekok, perkara yang amat jarang dan susah kita jumpa anak lakukan kepada maka ayah sendiri zaman sekarang.

Jom kita baca.

Assalamualaikum admin,

Guan nak kongsi cerita yang buat hati rempit gua cair,
cerita nak kongsi tadi berlaku di Mydin Gong Badak, Terengganu,
gua seorang despech, singgah di Mydin untuk minim, tiba-tiba mata gua terpandang mamat ni dengan 'sweet' dengan 'awek'(ibu) dia, lu tengok sendiri gambar dia dengan awek dia... 

Hati rempit gua cair siutt.. gua sendiri tak mampu lalukan macamtu.. gua 'respect' lu 'brother'.. guna hanya mampu bagi salam dan senyum saja., gua rasa dia bukan orang terengganu.. plate kereta dia A.. orang Perak la tu..

Gua sentap admin, sdal gua tak dapat buat macamni, admin hide nama gua dan gambar gua admin, kasi viral sikit siapa mamat tu.. gua tabik habis laaa sayu bebb..kalau gua ada adik perempuan gua paksa ibu gua ambil mamat ni jadi menantu.

Credit - Siakap Keli

Polis Siasat Pengguna Jalan Raya Buat Aksi Bahaya Di Jalan Raya


BENTONG 28 Ogos - Polis memandang serius tindakan berbahaya pengguna jalan raya yang mengeluarkan badan dan duduk di tingkap kereta ketika kenderaan itu sedang bergerak sepertimana yang viral di media sosial hari ini.

Dipercayai, kejadian dirakam di Jalan Genting Highlands di sini baru-baru ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden S. Somu, siasatan sedang dijalankan termasuk mengenalpasti identiti mereka yang melakukan perbuatan itu.

Tindakan tersebut diambil susulan rakaman perbuatan tiga penumpang kenderaan itu yang menjadi viral di laman media sosial.

“Kejadian dipercayai melibatkan tiga penumpang wanita yang duduk di bahagian tingkap kereta semasa kenderaan itu sedang bergerak ke puncak Genting Highland yang telah viral di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

“Setakat ini polis belum menerima sebarang laporan, tetapi berdasarkan rakaman, laluan dipercayai di daerah Bentong iaitu jalan menuju ke Genting Highlands,” katanya di sini hari ini.

Kata Somu lagi, kes terbabit disiasat mengikut  Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara berbahaya.

Katanya, kes itu juga disiasat mengikut Peraturan 4A Kaedah-kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 bagi penumpang kerana tidak memakai tali pinggang keledar.

“Kita minta mana-mana individu yang merakam kejadian itu supaya tampil memberikan maklumat lanjut untuk membantu siasatan. Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Asisten Superintenden Safie Yasin di talian 012-7045464,” katanya.

Selain Facebook dan Whatsapp, video itu turut sama di kongsi di Twitter yang mana mendatangkan banyak kritikan dari netizen.

Sumber : Utusan Online

NGO: Fahami Isu Penderaan Seksual Ke Atas Kanak-Kanak


KUALA LUMPUR – Usaha meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penderaan kanak-kanak sangat penting bagi menangani masalah itu, kata setiausaha sebuah badan bukan kerajaan (NGO), dikenali sebagai projek Layang-Layang, Petra Gimbad.
Beliau berkata orang ramai perlu dididik mengenai bentuk penderaan seksual ke atas kanak-kanak kerana dengan pengetahuan itu membolehkan mereka mengesan sebarang tanda seseorang kanak-kanak itu didera dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.
“Program anjuran Projek Layang-Layang bertujuan untuk memberikan pengetahuan seperti ini kepada para peserta, supaya orang dewasa dan kanak-kanak tahu apa itu jenayah seksual.
“Kerap kali, ibu bapa berasa tidak berdaya apabila anak mereka didera atau didera secara seksual. Projek Layang-Layang ini diwujudkan bagi menyediakan sokongan kepada ibu bapa dan kanak-kanak sedemikian,” katanya kepada Bernama semasa satu forum mengenai ‘Penderaan Kanak-kanak secara Seksual – Apa Yang Anda Lakukan Untuk Menghalangnya’ di sini baru-baru ini.
Seorang daripada penceramah pada forum itu, Dr Zahilah Filzah Zulkifli, yang mengetuai pasukan Kanak-kanak yang Disyaki Dianiaya dan Diabai (SCAN) di sebuah hospital kerajaan, berkata bagi setiap kes penderaan kanak-kanak secara seksual yang dilaporkan, sembilan lagi kes kerap kali tidak dilaporkan.
Beliau berkata tanda seorang kanak-kanak dicabul sukar dibuktikan memandangkan sebarang tanda penetrasi pada kanak-kanak sehingga menyebabkan luka hanya mengambil masa 20 hingga 40 jam untuk sembuh.
“Proses sembuh pada kanak-kanak memang cepat. Oleh itu, apabila seorang kanak-kanak datng untuk menjalani pemeriksaan bagi membuktikan mereka telah dicabul secara seksual, ia sudah terlambat,” katanya.
Oleh yang demikian, beliau berkata adalah penting bagi ibu bapa untuk mempunyai pengetahuan mengenai penderaan kanak-kanak secara seksual sebagai pencegahan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Projek Layang-Layang, sila layari laman web mereka di www.facebook.com/projeklayang2 atau e-mel mereka di projeklayanglayang@gmail.com. – BERNAMA

Bekas MB Selangor Dr. Mohamad Khir Toyo Kahwin Lagi


KUALA LUMPUR – Bekas menteri besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini melangsungkan perkahwinan kedua bersama pasangannya, seorang penjawat awam, Christine Zanitrah Abdullah.

Difahamkan Dr. Mohamad Khir, 51, dan pasangannya Christine Zanitrah atau nama asalnya Christine Tan, 39, yang memeluk agama Islam pada April lepas, melangsungkan perkahwinan mereka di satu majlis dalam negara.

“Perkahwinan kedua Dr Mohamad Khir itu berlangsung di dalam negara, Christine Zanitrah merupakan penjawat awam di Putrajaya,” kata sumber terdekat dengan Dr Mohamad Khir kepada Bernama.
Sumber tersebut turut mengirim beberapa keping gambar Christine Zanitrah pada majlis itu, yang memakai busana pengantin rekaan pereka terkenal Datuk Radzuan Radziwill.
Perkahwinan pertama Dr Mohamad Khir bersama Zaharah Kechik pada 1990 dan mereka dikurniakan tiga orang anak. – BERNAMA

Seorang Wanita Rakyat Malaysia Pesakit Pertama Dijangkiti Virus Zika Di Singapura

on Sunday, 28 August 2016


SINGAPURA: Seorang wanita rakyat Malaysia berusia 47 tahun dipercayai pesakit pertama dijangkiti virus Zika di Singapura.
Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dan Agensi Persekitaran Kebangsaan (NEA) Singapura yang dimaklumkan mengenai kes itu berkata, oleh kerana dia tidak berkunjung ke kawasan-kawasan yang kes itu dilaporkan, dia mungkin telah dijangkiti di Singapura.
Wanita itu tinggal di Blok 102 Aljunied Crescent dan bekerja di Singapura.
"MOH dan NEA sedang bekerjasama untuk menjalankan kawalan vektor dan pemeriksaan ke atas penduduk yang mengalami demam dan ruam bagi mengurangkan risiko terus merebak," kata Menteri Kesihatan, Gan Kim Yong dalam satu kenyataan pada Sabtu.
"Saya menasihatkan mereka mereka yang mempunyai tanda-tanda ini supaya menemui doktor untuk rawatan. Kami juga telah memaklumkan klinik-klinik kami di kawasan tersebut untuk mengenal pasti kes-kes yang disyaki dan merujuknya kepada Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) untuk ujian." 
Menurut MOH dan NEA, pesakit mengalami demam, ruam dan konjunktivitis sejak 25 Ogos.
Dia menemui pengamal am (GP) pada 26 Ogos dan dirujuk ke CDC di Hospital Tan Tock Seng apabila ujian yang dijalankan mendapati dia positif Zika pada 27 Ogos.
Dia telah dimasukkan ke hospital untuk pemerhatian di CDC dan kini semakin baik dan pulih.
MOH dan NEA berkata, memandangkan kes Zika dilaporkan di rantau ini dan kekerapan perjalanan oleh warga Singapura serta pelancong, adalah tidak dapat dielakkan kes import Zika dilaporkan di Singapura.
Ada juga risiko jangkitan berlaku di republik itu kerana vektor nyamuk Aedes terdapat di sini.
Ketika MOH dan NEA telah meningkatkan langkah berjaga-jaga, adalah dijangka lagi kes Zika mungkin dilaporkan kerana kebanyakan pesakit yang dijangkiti mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda, kata kenyataan itu. 
MOH sedang mengenal pasti mereka yang dikunjungi oleh pesakit termasuk anggota keluarga dan menjalankan ujian Zika ke atas orang lain yang tinggal dan bekerja di kawasan itu yang mengalami demam dan ruam.
Ketika ini, tiga lagi kes yang disyaki – dua dari keluarga yang tinggal di kawasan tersebut dan seseorang individu – telah disahkan positif berdasarkan sampel air kencing.
Mereka masih menunggu ujian pengesahan seterusnya, kata kenyataan itu. 
Sebagai langkah tambahan, semua kes jangkitan virus Zika yang disyaki akan diasingkan sementara menunggu pengesahan keputusan ujian darah, kata kenyataan itu. 
Credit - Mstar/Bernama

Isu Skandal Pusat Pengajian Agama : Syed Azmi, Wardina Malukan Saya – Ustaz Kazim


KANTOI setelah terbongkar dirinya mendedahkan kes cabul konon berlaku di sebuah pusat pengajian agama milik pendakwah terkenal di Ipoh, Perak, aktivis sosial kontroversi Syed Azmi Alhabshi tampil membuat rayuan simpati.

Menurut laporan portal propembangkang, beliau menjelaskan tidak pernah langsung menyebut nama Datuk Ustaz Kazim Elias atau Pusat Pendidikan Al-Barakah diasaskan penceramah ternama itu ketika membuat tohmahan serangan seksual menerusi media sosial.
“Sekali lagi, saya tidak pernah sebut namanya dan sekolahnya dalam sebarangposting saya. Buat masa ini, ia tamparan terhadap perjalanan saya yang antara lain untuk mewujudkan kesedaran kanak-kanak,” rintihnya cuba meraih simpati daripada netizen tempatan.
Kenyataan terbaharu Syed Azmi yang cukup diingati kerana pernah menjadi penganjur program biadap I Want To Touch A Dog suatu ketika itu dilihat sebagai mengulas laporan polis oleh Kazim, 43; terhadap dirinya dan selebriti Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot.
“Jadi, tolonglah, doa untuk saya. Dan jika saya perlukan peguam, tolong berada di sana demi saya. Yang lain, tolong percaya pada anak kamu,” rayunya lagi menerusi akaun Facebook miliknya yang dipetik sebuah laman berita antikerajaan terkenal pada Sabtu.
Beliau bagaimanapun berkata perlu mengetahui isi kandungan laporan polis itu dahulu sebelum mengulas lanjut susulan tindakan Kazim membuat laporan polis pada Jumaat berkaitan tuduhan jahat konon berlaku serangan seksual ke atas pelajar pusat tersebut.
Sebagai pengetuanya, Kazim mendakwa dua individu terkenal itu membuat komen negatif mengenainya ekoran tersebar dakwaan konon berlaku amalan seks luar tabii di sebuah sekolah agama di Perak selepas beberapa ibu bapa mengadu anak mereka menjadi mangsa.
Sekolah itu dikatakan dimiliki seorang penceramah terkemuka. Ketua Polis Perak, Datuk Abdul Rahim Hanafi dilaporkan berkata setakat semalam pihaknya telah mengambil keterangan daripada 10 individu termasuk pelajar, pengadu dan wakil pihak sekolah.
Selain terkenal sebagai pendakwah, beliau pernah ditawarkan menganggotai Majlis Tertinggi UMNO pada November 2013. Bekas ahli seumur hidup PAS itu sebelum dipecat parti Islam tersebut bagaimanapun menolak tawaran oleh pihak UMNO berkenaan.
Wardina, 37, pernah membintangi beberapa drama seperti Kalam Cinta Rabiah, Maka Diciptakannya Perempuan dan filem Lagi-lagi Senario. Syed Azmi pula dikenali sebagai aktivis sosial yang terlibat dalam kerja kebajikan membantu golongan kurang bernasib baik.
Kazim dalam pada itu dilaporkan berkata bahawa komen yang dibuat Wardina dan Syed Azmi “sangat memalukan dirinya”. Semakan menerusi akaun Facebook milik Wardina menunjukkan dia pernah ada memberi komen balas berhubung isu panas berkenaan.
Bagaimanapun turut tertera peringatan pada akaun media sosial tersebut yang memberi peringatan keras bahawa tiada sesiapa pun diizinkan daripada mengambil sebarang petikan postingnya itu tanpa kebenaran. 
Credit – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Gadis Berusia 16 Tahun Alami Tekanan Jiwa Selepas 3 Tahun Jadi Hamba Seks Bapa Tiri


KUALA PILAH – Seorang bapa bernafsu binatang tergamak merogol anak tirinya sejak mangsa berusia 13 tahun dan berterusan sehingga mangsa kini berusia 16 tahun di Senaling, di sini.
Menurut sumber, perbuatan jijik bapa berusia 44 tahun ke atas anak tiri daripada dua beradik itu terbongkar apabila mangsa menceritakan kejadian menimpa dirinya kepada seorang guru di sekolahnya selepas mengalami tekanan jiwa.
“mangsa mengambil keputusan membongkar segala perbuatan keji bapa tiri se lama ini kerana dipercayai sudah tidak tahan lagi menjadi hamba seks kepada lelaki itu. 
“Bapa tiri yang juga peniaga di pasar malam telah berkahwin dengan ibu mangsa beberapa tahun lalu. Mangsa tinggal bersama bapa tiri serta ibunya di Senaling. 
“Mangsa mendakwa menjadi hamba seks bapa tirinya selepas dia memasuki tingkatan satu. 
”Lambat bertindak untuk maklumkan kepada ibunya kerana bimbang ibunya tidak percayakan dirinya, sebaliknya mengambil keputusan berdiam diri dan tidak menceritakan kepada keluarga terdekat, “katanya. 
Tambahnya, mangsa menceritakan masalah itu kepada seorang guru dan guru terbabit bertindak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis daerah, jam 3 petang kelmarin. 
Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Luqman Abdul Rahman mengesahkan laporan tersebut . 
Beliau memberitahu, bapa tiri tersebut telah ditangkap di rumahnya kelmarin sejurus pihaknya menerima laporan polis. 
“Bapa tiri berkenaan direman selama tujuh hari bermula kelmarin dan polis sedang menyiasat kes ini lebih terperinci." 
“Kita memandang serius perkara ini kerana ia membabitkan pelajar dan gadis bawah umur,” katanya. 
Dalam pada itu, Luqman menambah, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pengemis Jujur Pulang Dompet Dapat Pekerjaan dan Rumah Percuma


BANGKOK – Seorang gelandangan cari nafkah dengan mengemis tidak sangka sifat jujur dirinya sanggup pulang semula dompet seorang taikun fesyen Thailand dibalas dengan dapat pekerjaan dan sebuah rumah percuma.

Menurut media tempatan, insiden bermula apabila pengemis yang tinggal di jalanan dan hanya dikenali dengan nama Woralop itu melihat dompet milik Nitty Pongkriangyos terjatuh dari poket tanpa sedar ketika jutawan tersebut berjalan menuju di sebuah kereta milik beliau.
Woralop segera mengejar lelaki berkenaan namun gagal dan dia kemudian bergegas menuju ke sebuah balai polis berhampiran untuk membuat laporan serta menyerahkan dompet Nitty, 30; yang mengandungi wang tunai berjumlah 20,033 baht (kira-kira RM2,332).
Pereka fesyen tempatan itu kemudian tersentuh dengan kejujuran Woralop, 45; apabila dihubungi pihak polis yang turut memaklumkan bahawa pengemis tersebut ketika membuat laporan cuma ada 9 baht (kira-kira RM1) hasil kerjayanya sebagai peminta sedekah jalanan.
“Saya secara ikhlas berasa amat terperanjat dan tidak tahu dompet saya tercicir, malah reaksi pertama saya jika menjadi orang pertama yang jumpa dompet itu dan kebetulan tiada duit di poket ialah saya akan ambil sahaja semua wang tunai dalam dompet tersebut,” kata Nitty.
Terharu dengan sifat jujur Woralop, beliau menawarkan gelandangan itu bekerja di sebuah kilang miliknya di pinggir ibu kota Thailand dengan gaji bulanan 11,000 baht (RM1,281) selain diberikan rumah untuk didiami tanpa perlu membayar apa-apa sebagai hadiah.
Kisah Woralop kemudian dikongsikan pula oleh teman wanita Nitty, Tarika Patty menerusi akaun Facebooknya sehingga menjadi sensasi, malah lelaki tersebut turut dijemput untuk muncul menjadi tetamu dalam pelbagai program menerusi stesen televisyen tempatan.

“Saya berasa gembira dapat peluang untuk baiki hidup saya bahkan dapat tidur di atas tilam yang bersih pun sebenarnya sudah cukup besar. Terima kasih kepada Nitty dan Tarika atas kebaikan mereka berdua,” kata Woralop kepada media. 
Credit – Agensi/Mynewshub.cc/HAA