Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Teguran 'Manis' Buat Lelaki Berisiteri Yang Suka Lepak Dengan Kawan Di Luar

on Wednesday 17 August 2016


Fitrah suami sebagai lelaki, memang lebih bahagia bila dapat melepak bersama kawan-kawan dengan hobi dan minat yang sama. Bagi lelaki, ini bukanlah sesuatu yang beri masalah, sebab bukannya berlaku curang ataupun melakukan dosa. Sebab itu, kedua-dua pihak perlu toleransi.

Jangan ditegur supaya dia kurangkan masa bersama kawan-kawannya, kerana perkara tersebut akan membangkitkan rasa tercabar dan lebih susah untuk dia mendengar aduan kita pada saat egonya tinggi.

Renungan buat suami...

1. Utamakan isteri kerana isteri hanya mempunyai seorang suami iaitu kita, manakala kawan-kawan kita masih mempunyai kawan-kawannya yang lain.

2. Fitrah isteri, seorang wanita akan lebih mudah terasa sunyi bila ketiadaan suami. Fitrah isteri juga sentiasa ingin berkongsi apa sahaja dengan orang yang disayangi dan dihormatinya. Jangan sampai ketiadaan kita yang berterusan menyebabkan terisi dengan lelaki lain yang lebih banyak punyai masa untuk mendengar cerita perkongsiannya.

3. Lebih baik jadikan kawan-kawan kita sebagai kawan ke arah kekeluargaan, bukannya untuk tujuan budaya hidup bujang yang boleh menimbulkan keraguan kepada isteri kita. Kawan-kawan yang bersifat kekeluargaan akan lebih menghargai kebahagiaan keluarga masing-masing.

4. Elakkan daripada terlalu banyak keluar bersama kawan-kawan. Jika perlu dalam aktiviti bersama kawan-kawan, bawa isteri bersama dan bertoleransilah agar minat dan hobi kita serta hobi pasangan kita dihargai satu sama lain.

5. Cipta waktu bersama isteri lebih romantik untuk dikenang dan dirasai lebih panjang oleh isteri kita. Fitrah wanita, bila dibelai dan dilayan secara romantis, kebahagiaannya lebih terasa dan sedikit sebanyak mengurangkan rasa tidak puas hati terhadap waktu kekosongan, bila kita tiada di sisinya.

Sumber
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment