Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Jualan Ubat Nyamuk Laris Susulan Jangkitan Zika Di Singapura

on Thursday 1 September 2016


SINGAPURA – Penjualan produk pencegah nyamuk naik mendadak di seluruh Singapura sejak berita mengenai jangkitan tempatan pertama virus Zika dilaporkan minggu lalu, lapor agensi berita MediaCorp pada Rabu.

Para peniaga yang ditemui memberitahu bahawa penjualan item-item berkenaan ubat nyamuk laris apabila naik seganda atau mungkin sebanyak dua kali ganda, walaupun kebanyakan cawangan mereka masih lagi mempunyai stok bekalan cukup.
Di rangkaian kedai ubat terkenal Unity Pharmacy, penjualan penyembur serangga, pelekat, gelang, losen dan sepit pencegah nyamuk naik dua ganda di semua 59 buah cawangannya di republik tersebut, sejak laporan kes Zika disiarkan pihak media.
“Kami lebih kerap isi semula item antinyamuk di cawangan. Dulu purata cuma sekali dalam dua minggu, kini kami kena isi semula setiap hari demi permintaan tinggi,” ujar jurucakap NTUC Health yang mengendalikan Unity Pharmacy.
Syarikat tersebut sedang bekerjasama dengan para pembekal bagi memastikan bekalan mencukupi di kedai-kedai dan gudang, tambah beliau malah berkata: “Harga barang ini juga kekal sama dan dibiarkan mampu dibeli melalui promosi kedai.”
Rangkaian farmasi Watsons yang mempunyai lebih 100 buah kedai di negara pulau kecil tersebut menyatakan bahawa penjualan produk-produk pencegahan nyamuk turut dilaporkan naik seganda di semua cawangannya atas permintaan pelanggan.

Di empat daripada kedainya di kawasan Aljunied Crescent dan Sims Drive – tempat pertama kes Zika dikesan – penjualan produk itu juga naik mendadak, bekalan baharu sedang dihantar ke sana, kata Pengurus Besar, Dominic Wong.
Setakat ini, Kementerian Kesihatan dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan mengesahkan jumlah kes jangkitan virus zika di republik itu kini meningkat kepada 82 orang termasuk 26 kes di Aljunied, iaitu yang paling banyak dilaporkan.
Mula dikesan di benua Afrika dekad 1960-an, virus Zika yang dibawa nyamuk aedes dikaitkan dengan serangan terhadap sel otak janin serta mengakibatkan mikrosefali, iaitu saiz kepala bayi menjadi lebih kecil daripada biasa dan otak kurang terbina.
Satu lagi rangkaian farmasi Guardian menyatakan penjualan produk sedemikian naik 100 peratus pada minggu lalu, sementara penjualan di kedai-kedai yang berada di kawsan terjejas Zika melonjak sekitar 300 peratus pada masa yang sama.
Antara pelbagai jenis produk pencegahan nyamuk, pelekat dan gelang merupakan produk yang lebih kerap dibeli, menurut peruncit. Ini kerana ia dianggap “lebih selamat bagi golongan wanita hamil dan kanak-kanak,” jelas mereka lagi.
Watsons malahan menyatakan pelekat terkenal dalam kalangan pelanggannya manakala Unity Pharmacy mendapat penjualan lebih tinggi dan lebih banyak pertanyaan pelanggan terhadap produk antinyamuk berbentuk pelekat dan gelang.
Guardian turut terpaksa menambah semua produk pencegahan nyamuk, termasuk pelekat, ubat sembur dan losen kerana ‘kerap diminta pelanggan’, dengan pelekat menjadi item paling banyak dibeli susulan belum ada lagi ubat untuk virus itu.
Rangkaian farmasi tersebut bahkan sudah merancangkan penghantaran kecemasan kepada kedai-kedai utama bagi mengisi semula bekalan ubat-ubat itu jika didapati habis dalam masa singkat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment