Blog yang mengandungi berbagai berita dan informasi terkini yang hangat dan panas..

Putus cinta: Lana Nordin anggap keputusan Johan kelakar

on Thursday, 26 December 2013


LANA Nordin nampaknya tenang dengan keputusan Johan As’ari yang memutuskan hubungan mereka.

Memetik laporan portal berita hari ini, Lana dapat mengagak apa yang akan berlaku selepas Johan sering berdolak-dalik sejak hubungan mereka ditentang keluarga.

Menurutnya, nasib baik hubungan percintaannya dengan Johan putus selepas sebulan, jadi impaknya tidak hebat sangat.

“Saya tak kecewa, tapi terkejut dengan keputusan Johan. Hubungan kami sebenarnya baru bermula. Kami juga masih dalam proses mengenali hati budi, saya anggap keputusan Johan mahu memutuskan hubungan sebagai kelakar.

“…dia melamar saya selepas 3 hari bertemu, bukan saya memaksa dia melamar saya. Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah?

“…saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah,” katanya.

Hari ini dalam satu kenyataan, Johan menyatakan bahawa hubungannya dengan pelakon itu telah putus secara rasmi sejak, kelmarin.

"Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada terus menyeksa hati dan perasaan Lana," katanya.

Dalam pada itu, pelakon sekuel filem Juvana itu turut menyatakan beliau masih menyayangi Lana, namun terpaksa memilih keluarga ekoran tidak mahu dianggap sebagai anak derhaka.

"Saya minta maaf. Keputusan ini tentu melukakan hati Lana dan keluarga. Tetapi saya terpaksa buat keputusan kerana tidak ada harapan kepada Lana," ujarnya.

Sumber

Nabila Huda Mengaku Sudah Temui Kekasih Baharu

on Wednesday, 25 December 2013


PETALING JAYA: Pelakon Nabila Huda mendedahkan hatinya sudah pun dimiliki oleh seorang lelaki yang baharu dikenalinya sejak beberapa bulan lalu.

Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 29, bagaimanapun berkata, dia enggan mengulas lanjut berhubung identiti lelaki tersebut memandangkan perkenalan mereka masih lagi baharu.

"Alhamdulillah, kehadirannya membuatkan saya cukup gembira. Kami masih lagi baru beberapa bulan menjalinkan hubungan.

"Apa yang boleh saya katakan, dia adalah lelaki yang saya cari selama ini. Bagaimanapun saya tidak mahu cerita panjang siapakah lelaki yang dimaksudkan itu," katanya.

Nabila ditemui pada majlis pelancaran drama Ariana Rose di Sri Pentas TV3, Bandar Utama, di sini pada Selasa.

Tambah anak kepada penyanyi Amy (Search) itu, dia sebenarnya terlalu teruja mahu menceritakan perasaan cintanya ketika ini untuk berkongsi kepada orang ramai.

Namun, dia enggan berbuat demikian kerana bimbang sekiranya perkongsian kisah cinta itu dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Kalau nak ikutkan hati, saya cukup teruja mahu kongsi kisah cinta baru saya ini. Tetapi saya mahu buat azam baru, tidak mahu lagi menceritakan kisah peribadi terutamanya hal-hal cinta kepada umum.

"Saya belajar perkara ini daripada pengalaman. Apabila saya tidak hipokrit berkongsi hal peribadi, ada pula pihak lain yang cuba mengambil kesempatan terhadap saya. Itu yang saya tidak mahu ia berlaku," ujarnya.

Dalam pada itu, Nabila berkata, hal-hal peribadinya hanya akan dikongsi menerusi laman sosial Instagram, namun ia turut dihadkan agar dirinya tidak sewenang-wenangnya dipergunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Nabila yang merupakan janda beranak satu sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon Johan As'ari, Nas-T dan Syazwan Zulkifly.

Sementara itu, lakonan Nabila dalam drama Ariana Rose bakal disiarkan di TV3 bermula 30 Disember ini setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam.

Sumber

Johan dan Lana Putus Sudah!!


Kuala Lumpur: “Saya mohon maaf pada Lana, mereka yang terbabit secara langsung dan tidak langsung juga peminat,” kata Johan As’ari, 27, selepas memutuskan hubungan dengan aktres Lana Nodin, 34, kelmarin selepas tamat pementasan Bahayanya Wanita di Istana Budaya, di sini.

Sewaktu dihubungi Johan menjelaskan keputusan itu dibuat kerana mementingkan keluarga terutama ibunya berbanding kepentingan diri sendiri.


“Lana seorang wanita yang baik, tetapi apabila menyentuh soal nikah dan kahwin, ia berupa perkara besar dalam hidup. Lagipun untuk berumah tangga, restu dan doa ibu itu sangat penting, tetapi apabila perkara itu tidak berlaku saya terpaksa mengambil tindakan ini,” katanya.

Johan bagaimanapun cuba mengelak menjawab soalan mengenai ibunya yang dikatakan tidak menyukai Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin, sebaliknya menegaskan beberapa kali apa yang berlaku adalah kesilapan dirinya.


“Saya tidak sangka kenyataan dibuat membawa kepada perpisahan ini. Pengumuman untuk bertunang dan menikahi Lana sebelum ini kerana saya benar-benar ikhlas, tetapi disebabkan pelbagai isu timbul, saya membuat keputusan ini.


“Saya masih muda dan ini kali pertama berhadapan pelbagai situasi dalam melayari hubungan cinta dengan Lana. Saya akui segala yang berlaku berpunca daripada kesilapan saya yang masih tidak matang dan tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan masalah. Sebelum banyak masalah timbul menyebabkan saya membuat keputusan ini,” katanya.

Keputusan diambil Johan dilihat terburu-buru, tambahan pula hubungan dijalinkan dengan Lana baru sebulan usianya. Ditanya mengenai adakah dia berusaha membawa Lana bertemu keluarganya terutama ibunya yang didakwa menentang hubungan mereka, jelas Johan, dia tidak mahu terus-terusan menyakiti hati bekas kekasihnya itu.

“Saya cuba bercakap dengan ahli keluarga terlebih dulu, namun jawapannya tetap sama. Jadi sekiranya saya membawa Lana bertemu mereka, ia tidak akan mengubah apa-apa. Saya tidak mahu terus-terusan menyakiti hati Lana,” katanya.

Katanya, walaupun tidak lagi bercinta dengan Lana, dia masih mahu berkawan dengan pelakon utama filem Chow Kit itu dan menyerahkan segalanya kepada Allah mengenai soal jodoh.

“Saya mahu menjadi lelaki yang lebih baik dan begitu juga Lana. Diharapkan selepas hubungan ini saya dan dia sama-sama memperbaiki diri. Mana tahu dalam berkawan itu, jodoh kami ditentukan. Tapi buat masa ini keputusan dibuat dirasakan paling tepat,” katanya.

Hubungan Johan dan Lana mula menjadi perhatian umum apabila aktor yang dikenali menerusi drama bersiri Juvana itu mengumumkan akan melamar selepas tiga hari bertemu pada November lalu dan mendapat liputan meluas media.

Sementara itu, sewaktu dihubungi, Lana pula menjelaskan bukan dia memulakan (bercinta) sebaliknya Johan. Begitu juga apabila dia membuat keputusan untuk memutuskan hubungan ini.

“Pada peringkat awal perhubungan cinta kami, saya melihat kesungguhan ditunjukkan, apatah lagi Johan dengan berani tampil memberi kenyataan mahu melamar saya. Begitupun waktu itu saya tidak menidakkan dan tidak juga mengiyakan, sebaliknya cuba memberinya peluang.

“Apabila hubungan tidak mendapat restu ibunya, sepatutnya sebagai lelaki Johan cuba mencari masa dan memperbaiki hubungan kami. Sebulan terlalu singkat untuk kami melakukan segalanya sedangkan untuk memenangi hati keluarga mengambil masa lebih panjang,” katanya.

Kata Lana, sebagai orang perempuan tidak manis untuk dia membuka mulut, apatah lagi membicarakan soal lamaran seperti diuar-uarkan sebelum ini dan memutuskan hubungan.

“Sepatutnya tempoh yang ada digunakan untuk mengenali hati budi masing-masing termasuk ahli keluarga. Tetapi, cara diambil untuk memutuskan hubungan kami sangat tidak matang kerana ia turut mengaibkan keluarga saya. Tidak mengapalah kalau itu yang dia kehendaki. Biarlah saya, dia dan Allah saja yang tahu siapa Johan As’ari,” katanya.

Menurut Lana, dia sendiri runsing dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini hubungan mereka terjalin baik.

“Cuma kesungguhan itu tidak ada. Saya tidak tahu mengapa melainkan ada agenda lain.

“Dia kata jujur dan ikhlas, tetapi tindakannya lebih jelas daripada kata-kata. Memutuskan hubungan dalam masa sebulan adalah satu tempoh yang cukup pantas untuk menyalahkan takdir. Dia tidak sepatutnya membuat keputusan (mahu melamar) terburu-buru, begitu juga dengan memutuskan hubungan ini,” katanya.

Sumber

Pengorbanan Buat Irma Hasmie


SEJAK bergelar ibu, banyak perubahan yang berlaku kepada pelakon dan pengacara jelita ini. Malah pemilik nama Irma Hasmie ini juga mengakui rezekinya bertambah semenjak kelahiran anak pertamanya, Redza Syah Irfhan yang berusia lapan bulan hasil perkongsian hidup bersama suaminya, Redza Shah sejak dua tahun lalu.

Meskipun mengakui padat dengan jadual pengacaraan dan duta kecantikan serta kesihatan Radiglow, di bawah label syarikat Seri Udani Beauty, namun Irma, tidak sesekali melupakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu kepada satu-satunya cahaya mata mereka.

“Dalam kesibukan jadual yang tidak menentu, saya masih memberikan keutamaan kepada anak dan keluarga,” katanya ketika ditemui pada majlis pelantikan sebagai duta produk Radiglow di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Malah akui Irma, itulah pengorbanan paling besar untuknya membahagikan masa antara karier dan juga keluarga.
 
Biarpun ‘pengorbanan’ terlalu subjektif baginya, namun bagi Irma, banyak melakukan pengorbanan demi keluarga yang sehingga kini tetap menjadi keutamaan baginya.

“Saya tetap mementingkan masa bersama keluarga dan sentiasa memastikan kelengkapan anak dan suami.

“Saya dan suami juga ambil keputusan untuk jaga anak kami. Itu adalah satu cabaran dan keseronokan apabila lihat anak membesar di depan mata.

"Alhamdulillah saya sangat bersyukur, suami sedia membantu," katanya yang gembira dikurniakan suami yang ringan tulang serta sangat memahaminya.  

Rindu berlakon

Irma yang membuat keputusan memperlahankan aktiviti lakonannya bagaimanapun, mengakui masih rindukan dunia lakonan.

“Saya rindu untuk berlakon lagi, namun selepas bergelar ibu, kekangan masa membatasi saya untuk kembali aktif. Tawaran berlakon juga  masih ada. Cuma kalau drama berepisod yang berjadual lama dan agak panjang serta memerlukan saya lakukan penggambaran di luar Kuala Lumpur, memang saya tak ambil, dan menolak secara baik.

“Namun, kalau ada telemovie mungkin saya akan terima kerana ia tidak memerlukan saya berada terlalu lama di set penggambaran. Tapi saya selektif dan letak juga beberapa syarat tertentu pada produksi kerana saya merupakan seorang isteri dan wanita bertudung,” kata pengacara program Assalamualaikum di saluran TV AlHijrah dan juga duta tudung D’Haja ini.

Selain baru dilantik sebagai duta produk kecantikan dan kesihatan, Radiglow, Irma juga kini sibuk menguruskan perniagaan busana Muslimah, Debumas secara online.

“Alhamdulillah, saya menjalankan perniagaan secara online dan saya amat gembira menjalankan perniagaan secara dalam talian ini.

"Malahan, perniagaan saya juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pembeli,” katanya.

Sumber

Cinta Nora Danish dan Nedim terhalang ?

on Tuesday, 24 December 2013


PELAKON jelita, Nora Danish mengambil pendekatan positif dan berdiam diri mengenai hala tuju hubungannya dengan anak Menteri Pelancongan, Nedim Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

"Seperti yang sering saya katakan sebelum ini, saya tidak mahu memberikan apa-apa kenyataan berkenaan cinta. Sekiranya saya ditakdirkan bertemu jodoh, saya hanya akan mengumumkan tarikh perkahwinan walau dengan sesiapapun di masa depan," katanya seperti dipetik portal hiburan tempatan.

Mengulas mengenai kualiti yang ada pada Nedim, jelas Nora, dia amat menyukai personaliti ahli perniagaan itu yang mana cukup mengambil berat tentang orang sekeliling berbeza dengan penampilan luarannya.

Sebelum ini timbul desas desus mengatakan hubungan baiknya dengan Nedim telah mendapat tentangan daripada kedua-dua ibu-bapa Nedim.

Jelas Nora, 31, restu dari ibu-bapa amatlah penting dalam bercinta dan sekiranya benar hubungan mereka mendapat tentangan, dia tidak akan berani untuk meneruskan hubungan tersebut.

"Sekiranya percintaan saya mendapat tentangan dari orang tua tak kira dari pihak sebelah mana, saya tidak akan berani meneruskan hubungan tersebut.

"Saya faham, status saya sebagai seorang selebriti dan ibu tunggal mungkin memberikan persepsi kurang baik buat sebahagian orang, dan itu menjadi tanggungjawab saya untuk memperbetulkan tanggapan negatif masyarakat. Saya percaya sekiranya benar ibu bapa Nedim tidak suka saya berkawan dengannya, dia sendiri akan mengkhabarkan berita tersebut," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nora bakal muncul dengan Filem seram terbaru berjudul "Pengantin Malam" terbitan MIG yang sedang menanti tarikh tayangan selain terbabit sebagai juri tetap program "Maharaja Lawak Mega".

Sumber

Kereta Subaru Impreza langgar lori jadi besi sekerap


LONDON - Tiga orang terbunuh selepas kereta mereka merempuh sebuah lori dan terbakar semasa berlumba haram di ibu kota Britain di sini.

Mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan awal 20-an maut selepas kereta Subaru Imprezza yang mereka naik terbabas lalu melanggar sebuah lori dari arah hadapan sebelum terbakar.

Dua lelaki menaiki kereta Vauxhall Astra yang turut terlibat dalam nahas berkenaan kini dirawat di hospital manakala pemandu lori turut cedera ringan.

Dalam pada itu, polis Scotland Yard mengesahkan pihaknya masih menyiasat laporan terdapat beberapa buah kereta berlumba sejurus sebelum kemalangan berlaku.

Seorang saksi kejadian, Marios Sofianou, 47, memberitahu sebuah akhbar Britain dia dan ibu bapanya hanya mampu melihat tiga mangsa berkenaan dijilat api.

"Kami mendengar bunyi dentuman kuat. Terdapat sekurang-kurangnya dua buah kereta berlumba, tiga lelaki di dalam sebuah kereta dan seorang lagi lelaki memandu kereta lain," kata Sofianou.

"Kereta tersebut melanggar kereta yang dinaiki tiga mangsa berkenaan menyebabkan kenderaan mereka melambung dan memasuki laluan lori," tambahnya. - Agensi

Sumber

Didik anak tunai solat sejak kecil


“AJARLAH anak-anakmu solat ketika umur mereka tujuh tahun dan rotan mereka (sekiranya enggan solat) pada umur sepuluh tahun.” Begitulah pesan Rasulullah SAW.

Ada dua makna besar dalam pesanan ini. Pertama, baginda secara spesifik menyebut tentang solat. Ia tentunya bersebab. Solat tiang agama lalu logiknya manusia beragama perlu kuat asasnya.

Maka solat perlu diberi penekanan utama dan menjadi asas didikan seawal usia. Ia perlu dilihat di atas segala kegiatan kehidupan lain.

Ukuran pelajar cemerlang secara teknikalnya bermula dengan ujian harian solat lima waktu sehari semalam. Bagi anak lelaki ia perlu bertambah satu tahap iaitu solat berjemaah di masjid.

Anak perempuan pula, didiklah supaya solat pada awal waktu. Jika tidak kesusahan bawalah mereka bersama ke masjid untuk menimba ilmu yang ditawarkan di sana.

Mereka terutamanya anak-anak yang solat lima waktu sehari semalam mempunyai satu sifat luar biasa iaitu kepatuhan kepada Pencipta. Di sinilah peranan ibu bapa membentuk anak-anak menjadi pelajar cemerlang dengan asas yang betul dan tepat.

Solat ibarat satu ujian kehidupan buat ibu bapa dan anak-anak. Ia ujian yang tiada markah segera dan keputusan peperiksaan harian tidak membawa hadiah nyata, misalnya dalam konteks melanjutkan pelajaran ke universiti ternama atau program terbaik.

Lalu anak-anak berusia tujuh tahun, bila dia mula bersekolah utama selepas mengikuti prapersekolahan, apakah yang dirisaukan dengan solat lima waktu ini?

Perasaan belum akil baligh barangkali menjadi pendinding kepada kedua-dua ibu bapa untuk menyatakan tidak mengapa anak-anak ini belum perlu bersolat sepenuhnya.

Keliru

Ia jadi sukar jika ibu bapa menyerahkan segalanya kepada guru atau ustaz dan ustazah di sekolah. Prinsip melentur buluh dari rebungnya tidak akan terpakai. Maka yang terbentuk, bapa borek anak rintik.

Anak-anak menjadi keliru dalam soal didikan di rumah yang kelihatan bercanggah dengan didikan di sekolah.

Bagi mereka yang memahami, banyak pengajaran yang boleh diambil daripada amalan solat lima waktu sehari semalam yang diamalkan oleh anak-anak. Bayangkanlah bagaimana sukarnya anak-anak perlu dibangunkan pada dinihari.

Hampir kesemua perkara bermula dengan kesukaran. Insya-Allah, anak-anak yang melaksanakan solat Subuh selepas beberapa ketika tidak akan menganggap ia sebagai satu beban. Cuma anak-anak tetap perlu diawasi dan diberi peringatan.

Insya-Allah pelajar cemerlang bermula dengan solat. Bayangkan bagaimana keputusan kajian rambang yang telah dilakukan terhadap 150 siswa baru mendaftar di salah sebuah universiti di Malaysia. Hanya lapan siswa menunaikan solat Subuh pada hari tersebut. Ia hanya lebih kurang lima peratus.

Marilah kita melakukan sedikit perbandingan kecemerlangan di sisi Allah SWT. Solat Subuh berjemaah di masjid misalnya, menjadi tanda aras antara mereka yang munafik dengan mereka yang tidak. Bagaimanakah mereka setara dengan sifat munafik boleh dianggap cemerlang?

Pemikiran ibu bapa perlu menjadi luar biasa bagi mendidik kecemerlangan. Ada antara kita yang melihat soal ibadat sebagai satu beban tambahan kepada sistem persekolahan anak-anak.

Sudahlah begnya perlu digalas berat, kini mahu dibeban pula dengan bangun terlebih awal dan dengan solat yang bakal meletihkan anak-anak.

Mudah-mudahan solat lima waktu yang terjaga akan membentuk anak-anak ini menjadi manusia bertanggungjawab terhadap amanah, disiplin dan kekuatan dalaman dalam menghadapi silibus pelajaran yang tenat dan mencabar semenjak mereka di prapersekolahan.

Kedua, Baginda SAW menyebut dengan jelas...ajarlah anak-anakmu... memberi gambaran tentang peranan ibu bapa terhadap perkembangan kehidupan anak-anak. Asasnya bermula dengan ibu bapa.

Sekolah kecemerlangan bermula di rumah. Berapa ramai dalam kalangan bapa yang menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid tetapi gelisah dan takut mengejutkan anak-anak kerana risaukan mereka mengantuk di sekolah?

Bagi pasangan muda yang baru mendirikan rumah tangga dan belum mempunyai cahaya mata, marilah kita menjadi ibu bapa cemerlang sebelum anak-anak dilahirkan.

Pelajar cemerlang

Kita merangka bagaimana mahu membentuk anak-anak ini menjadi pelajar cemerlang dalam suasana berbeza seperti yang telah kita lalui. Ibu bapa merancang dan berdoa supaya Allah membenarkan segala perancangan yang telah kita lakukan.

Hadis yang disebut di atas menyatakan tentang solat dan peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak secara spesifik. Hakikatnya, solat itu tiang agama. Ia perlu diperluas dan dilanjutkan dalam soal lain yang mencakupi soal asas membentuk anak-anak ini menjadi pelajar cemerlang. Misalnya, ada ibu-ibu yang menghantar dan mengambil anak-anak ke sekolah agama tidak menutup aurat dengan sempurna. Ia menjadikan anak-anak tambah keliru.

Akhirnya, menutup aurat hanya di sekolah dan tidak perlu apabila keluar membeli-belah. Benar, jauh di sudut hati kita mahu anak-anak menjadi lebih baik daripada kita tetapi sikap dan amalan sendiri tidak membantu.

Jika kita sudi menerima konsep pelajar cemerlang melangkaui keputusan peperiksaan, maka secara hakikatnya ia mengajak kedua-dua ibu bapa berhijrah dengan skala besar. Ia membawa kebaikan kepada mereka sendiri.

Kita mohon keampunan Allah.

Sumber

Izara Aishah : Kelab Peminat Akan Timbulkan Banyak Masalah


PETALING JAYA: Pelakon Izara Aishah menganggap dia tidak perlu untuk menubuhkan kelab peminat bagi menyokong kerjayanya dalam industri seni tanah air.

Izara, atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham 21, berpendapat, kelab peminat yang ditubuhkan untuk seseorang artis hanya akan menimbulkan banyak masalah berbanding faedah kedua-dua belah pihak.

"Saya tidak ada kelab peminat kerana bagi saya ia hanya akan menimbulkan masalah sesama mereka dan akan melibatkan saya secara tidak langsung.

"Saya lebih suka peminat menyokong kerjaya seni saya secara terbuka dan bukan melalui mana-mana kelab," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada sidang media pelancaran telefilem Oh My English!-Hello America, di Hotel Hilton, di sini, Isnin.

Tambah Izara, ia turut dilihat tidak adil bagi peminat-peminatnya yang lain jika dia hanya memberi tumpuan kepada sesuatu kumpulan individu iaitu dalam kelab itu sahaja.

Jelasnya, dia pernah didatangi sekumpulan peminat yang menubuhkan kelab yang mengeluarkan sejumlah wang sebagai kos untuk barangan-barangan dengan menggunakan namanya.


Namun, selepas nasihat dan penjelasan yang diberikan, kumpulan tersebut dibubarkan.

"Saya tidak mahu bertanggungjawab jika sebarang permasalahan berlaku, jadi lebih elok jika mereka bubarkan sahaja kumpulan tersebut," katanya.

Sementara itu, ditanya ketiadaan pengurus peribadi yang bertindak mengatur strategi menempatkan namanya di sesuatu tahap, Izara berkata, dia selesa menguruskan jadual kerjayanya sendiri.

Dia juga mengambil tawaran berlakon mengikut kekuatan sesebuah skrip dan kekosongan jadual.

"Mungkin silap saya sebab tidak pandai untuk mengatur strategi dan mengakibatkan tahun ini saya senyap tanpa sebarang produk.

"Tapi sebenarnya tahun ini saya banyak ambil tawaran berlakon cuma saya tidak tahu bila ia akan ditayangkan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Izara yang turut berlakon dalam telefilem Oh My English!-Hello Amerika mengakui tidak dapat menjayakan drama bersiri popular itu untuk musim ketiga akan datang.

Katanya, dia menolak tawaran untuk musim akan datang kerana jadual penggambaran yang bertindan dengan beberapa tawaran yang sudah pun diambil.

Telefilem Oh My English!-Hello America akan disiarkan pada 15 Januari depan, pukul 9 malam di Astro TVIQ dan Astro Maya HD.

Sumber

Kaum Lelaki Awas dengan 5 Petunjuk Ini

on Monday, 23 December 2013


Dalam masyarakat yang semakin obses dengan kesihatan, adalah mustahil untuk melepaskan diri daripada memperkatakan tentang kisah-kisah pahit dan manis berkaitan kesihatan.

Daripada pandemik kepada simptom-simptom penyakit yang menggerunkan, berita-berita mengenai penyakit selalunya diiringi dengan elemen takut dan bimbang.

Hakikatnya penyakit tidak mengenal usia, bangsa, agama mahu pun jantina. Apa yang boleh dilakukan adalah mencegah dan kemudiannya jika tidak berkesan merawat. Bagi lelaki, kesihatan mungkin bukan topik yang digemari. Namun tidak bermakna soal kesihatan dipandang ringan.

Mungkin ada perkara-perkara kecil yang mesti diberi perhatian oleh kaum lelaki untuk menentukan sama anda boleh dikategorikan sebagai lelaki sihat.

Berikut lima tanda atau petunjuk taraf kesihatan lelaki.

1. Kuku yang kuat dan berwarna merah jambu.
Penjagaan kuku mungkin tidak tersenarai sebagai perkara penting dalam diari kesihatan kaum lelaki. Tetapi percayalah kuku boleh mendedahkan banyak mengenai kesihatan seseorang.

Secara umumnya, kuku individu yang sihat berwarna merah jambu, kukuh tetapi lembut. Sedikit perubahan pada kuku seperti tompok putih dan permukaan yang sedikit tidak rata adalah perkara biasa, namun sebarang perubahan besar mesti diberi perhatian.

Kuku yang tebal dan berwarna kekuningan mungkin isyarat bagi penyakit berkaitan pernafasan seperti bronkitis yang kronik. Kesan lekuk melintangi kuku yang dikenali sebagai garisan Beau pula tidak mustahil membawa maksud individu berkenaan mengidap diabetes.

Kuku yang berbentuk seperti sudu yang melengkung keluar mungkin menunjukkan masalah kekurangan zat besi. Biar pun perubahan pada kuku bukan isyarat atau petunjuk pertama kepada sesuatu penyakit, tetapi adalah lebih baik rujuk masalah tersebut kepada doktor anda.

2. Warna air kencing
Pernahkah anda terfikir untuk menjalani ujian air kencing untuk melihat sama ada anda sihat atau sebaliknya? Jika tidak, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berbuat demikian kerana ujian air kencing boleh mendedahkan petunjuk-petunjuk penting tentang kesihatan anda.

Air kencing sepatutnya berwarna keperangan untuk menunjukkan seseorang itu sihat. Bagaimanapun warna perang atau kuning pada air kencing boleh berbeza bergantung kepada jumlah air yang diminum. Jika anda minum air yang banyak maka kebiasaannya air kencing selalu kelihatan jernih dan secara perubatan ia menunjukkan anda sihat.

Bagaimanapun jika anda mengalami dehidrasi, air kencing anda akan berwarna perang gelap. Selain faktor warna, sentiasa berwaspada jika terdapat sebarang perubahan besar. Bau kurang menyenangkan, tompokan darah atau warna-warna lain yang tidak berkaitan dengan makanan, ubat atau suplemen yang diambil mesti dipandang berat.

3. Pancutan air mani
Lelaki pertengahan umur yang sihat sepatutnya mempunyai keupayaan untuk memancutkan antara 2 dan 5 ml air mani. Semakin berusia seseorang lelaki itu semakin kurang air mani yang dipancutkan.

Justeru 2 ml air mani adalah petunjuk hypospermia – keadaan yang boleh memberi kesan kepada kesuburan seseorang lelaki (Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyokong kadar 2 ml). Selain daripada jumlah, warna serta konsistensi air mani juga menjadi petunjuk kepada kesihatan lelaki.

Lelaki yang sihat sepatutnya mempunyai air mani yang pekat, berwarna putih atau sedikit kelabu. Air mani yang bercampur dengan darah mungkin ada kaitan dengan masalah kesihatan.

4. Kadar degupan jantung semasa berehat 70 bpm.
Kadar degupan jantung semasa berehat (RHR) atau jumlah degupan jantung seminit semasa berehat adalah indikator yang bagus untuk menentukan paras kecergasan anda. Walaupun RHR berbeza mengikut usia, bagi lelaki yang sihat jumlah RHR antara 70 dan 75 degupan seminit (bpm) adalah sasaran yang munasabah.

Malah, RHR antara 60 and 100 bpm secara umumnya dianggap normal bagi lelaki dewasa. Kadar degupan jantung di luar catatan tersebut boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius dan boleh menjadi petunjuk kepada beberapa masalah kesihatan anda.

Untuk mengukur denyut nadi, letakkan dua jari pada pergelangan tangan. Apabila merasa denyutan nadi, lihat jam dan kira denyutan selama 15 saat. Darab jumlah tersebut dengan empat untuk mendapat kadar denyutan anda seminit.

5. Kulit anjal
Ukuran keanjalan kulit biasa digunakan untuk menentukan paras dehidrasi. Cirit-birit atau muntah-muntah menyebabkan seseorang kehilangan cecair dalam badan. Kulit yang sihat kekal anjal dan akan kembali normal apabila masalah tersebut pulih.

Untuk menguji keanjalan kulit anda, cubit kulit di belakang tangan anda. Kulit yang kering akan kekal terangkat dan secara perlahan kembali kepada kedudukan asal. Kulit yang sihat pula akan kembali normal dalam masa yang singkat.

Adakah anda lelaki yang sihat?
Semakin hari kita dibanjiri dengan pelbagai maklumat mengenai penyakit, tetapi jarang sekali kita disogokkan dengan makna sebenar menjadi sihat.

Biar pun lima signal itu tidak lengkap namun memberi perhatian kepada petunjuk-petunjuk pada diri sendiri membantu anda mengenal pasti masalah yang mungkin anda hadapi.